Bangkok: Seorang pembantu kedai dijatuhi hukuman penjara 235 tahun atas pertuduhan puluhan kes kecurian barang kemas bernilai kira-kira 25 juta baht (RM3.02 juta) dari kedai majikannya di Khon Kaen.
Bangkokpost melaporkan, pemilik kedai emas membuat laporan polis apabila curiga selepas melihat rantai emas terjatuh dari poket apron dipakai wanita itu dua bulan lalu.
Suspek mendakwa, rantai emas itu mungkin terjatuh ke dalam poket apronnya ketika berdiri di kaunter pameran.
Pemilik kemudian meneliti rakaman kamera keselamatan dan menemui 47 kejadian wanita itu mencuri barang kemas sejak 2021.
Barangan yang dicuri itu bernilai kira-kira 25 juta baht, katanya.
Polis berkata, barang kemas yang dicuri digunakan untuk membeli tanah dan barang berharga lain.
Malah, dia turut memuat naik status di akaun Facebook (FB) miliknya, menunjukkan motosikal yang baharu dibeli dan barang kemas baharu.
Pemilik berkata, dia sudah banyak kali meminta wanita itu memulangkan barang kemas yang dicuri, tetapi hanya tujuh juta baht (RM897,225 juta) yang dipulangkan.
Pembantu berkenaan sudah bekerja kira-kira 10 tahun di kedai emas itu, kata pemilik kedai.
Sumber: Harian Metro
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI