Connect with us

Global

Pencarian Pemuda Sulawesi Buat Konten Ekstrem Sebelum Hilang Dibawa Arus Dihentikan

Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas membuat aksi ekstrem hanya semata-mata untuk merakam video konten di sebuah empangan di Kabupaten Pinrang, Sulawesi Selatan, Indonesia.

Mangsa yang dikenali sebagai Jihad Ramadahani berusia 22 tahun sebelum itu menerima cabaran untuk melakukan aksi terjunan di jambatan empangan di Pinrang demi mendapatkan perhatian netizen di media sosial.

Dalam kejadian tersebut, Jihad bersama empat rakannya pergi ke jambatan itu sebelum waktu Maghrib dan mereka kemudiannya mengambil keputusan untuk merakam aksi berbahaya hanya demi semata-mata untuk konten di media sosial.

Menerusi video yang tular kelihatan Jihad membuat aksi terjunan tersebut di jambatan sambil mengenakan baju hitam sementara rakannya merakam dari atas.

Advertisement

Selepas membuat terjunan itu, Jihad pada mulanya dilihat berenang menuju ke kawasan tepi tetapi arus deras membawanya jauh dan kemudiannya terus hilang dari pandangan.

Terkini difahamkan Pasukan SAR telah pun menghentikan pencarian pemuda bernama Jihad Ramadhani yang terjun dari Empangan Benteng di Kabupaten Pinrang, Sulawesi Selatan (Sulsel).

Pasukan SAR mengakui bahawa mereka mengalami banyak halangan dalam proses mencari mangsa.

“Untuk hari ketujuh, ini merupakan hari terakhir pencarian. Menggunakan perahu getah yang dibagi menjadi tiga pasukan,” kata Danpos Basarnas Parepare Dadang Tarkas kepada detikSulsel.

Dadang berkata, pasukan itu melakukan pencarian dari Empangan Benteng ke Jambatan Lasape sejauh kira-kira 10 hingga 12 kilometer.

Advertisement

Sementara itu, pasukan krew kedua melakukan pencarian bermula dari Jambatan Lasape menghala ke muara Sungai Tanro sejauh lebih kurang 25 kilometer.

Dadang berkata, hasil pencarian mangsa masih belum berhasil dan tiada sebarang tanda mangsa akan ditemui.

Tonton Video Penuh KLIK SINI

Berdasarkan keputusan tersebut, pihaknya mengambil keputusan untuk menghentikan operasi mencari mangsa. Ianya selaras dengan mandat Undang-undang 29 2014 berhubung operasi SAR dihentikan.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel