Connect with us

Mahkamah

Kes Polis Bunuh Pelajar: Saksi Dengar Orang Ramai Jerit ‘Zaharif Dah Tak Ada’

IPOH – Seorang remaja lelaki memberitahu Mahkamah Tinggi, dia mendengar jeritan orang ramai yang berkumpul di lokasi perlanggaran berlaku bahawa Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie telah meninggal dunia.

Saksi pendakwaan ke-14 itu berkata, dia telah pergi ke tempat kejadian sebaik sahaja diberitahu oleh ibunya bahawa rakannya (Muhammad Zaharif) telah terlibat dalam satu kemalangan

“Saya lihat ramai orang sedang melihat Zaharif terbaring di tepi jalan. Pada waktu itu saya dengar ramai yang katakan “Zaharif dah takde (tak ada) Zaharif dah takde”. Saya pergi ke tempat kejadian dan turut membantu payungkan Zaharif,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, tidak lama kemudian, kenderaan polis sampai dan seorang lelaki yang berada di situ menyuruhnya dan kawan-kawannya pergi menunaikan solat Jumaat, seterusnya mereka pergi ke rumah mangsa.

Advertisement

Remaja itu berkata demikian ketika membaca pernyataan saksinya di hadapan Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet pada perbicaraan kes pegawai kanan polis DSP Mohd Nazri Abdul Razak, 45, yang didakwa membunuh Muhammad Zaharif, 17, di Jalan Taman Jati 1 berhampiran SMK Jati di sini antara 11.45 pagi hingga 12.32 tengah hari pada 15 Dis 2023.

Sementara itu, saksi pendakwaan ke- 15 memberitahu mahkamah bahawa pada waktu pagi sebelum kejadian perlanggaran berlaku, Muhammad Zaharif ada memaklumkan kepadanya bahawa ekzos motosikal berkenaan dipinjam daripada rakan mangsa.

Remaja lelaki itu juga berkata, motosikal yang ditunggang oleh mangsa adalah milik rakannya yang lain.

Terdahulu sewaktu pihak pendakwaan membaca ucapan pembukaan kes pada hari pertama perbicaraan terdapat 10 barang kes (ekshibit) antaranya sebuah kereta jenis Perodua Ativa dan motosikal jenis Yamaha.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Afzainizam Abdul Aziz bersama Nasrul Hadi Abdul Ghani, V. Suloshani dan Low Qin manakala Mohd Nazri diwakili peguam M. Athimulan, Datuk Mior Faridalathrash Wahid dan Aiman Hakim Kamaruzzaman.

Advertisement

Mahkamah menangguhkan perbicaraan ke 2 Disember ini. – Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel