Connect with us

Terkini

“Ana, timbullah Ana, abah tunggu lama dah. Abah nak jumpa Ana’ – Rayuan Ayah Mangsa Hanyut Arus Deras Sg. Air Beruk

Seorang wanita berusia 20 tahun dipercayai lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi bersama empat ahli keluarganya.

Menurut Sinar Harian, kejadian berkenaan berlaku di Sungai Air Beruk, Jalan Padang Stang, Kampung Kerunai, Gerik pada Ahad.

Sehingga ke saat ini, mangsa yang bernama Nur Arina difahamkan masih belum ditemui manakala operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan pihak berkuasa.

Advertisement

“Ana, timbullah Ana, abah tunggu lama dah. Abah nak jumpa Ana, mak pun nak jumpa. Abah maafkan semua Ana”, itulah rayuan bapa kepada mangsa, Azizan Md Din yang berada di lokasi kejadian ketika SAR memasuki hari kedua pada Isnin.

Memetik Kosmo, bapa kepada empat anak itu berulang kali memanggil nama anak keduanya sambil menangis dan melihat arus Sungai Air Beruk yang mengalir deras.

Terdahulu, Azizan yang ditenangkan ahli keluarga melaungkan azan di lokasi mangsa dipercayai dibawa arus sebagai ikhtiar dalam usaha pencarian wanita tersebut.

Azizan ketika ditemui media berkata, dia akan menunggu di lokasi kejadian sehingga anak perempuannya itu berjaya ditemui.

“Apa keadaan pun, saya minta agar anak selamat. Saya akan tunggu dia di sini sehingga dijumpai. Itu harapan saya.

Advertisement

Sementara itu memetik laporan Harian Metro, sepupu Nur Arina, Norazila Mohamad Yusuf, 49, berkata, kejadian berlaku ketika lima sekeluarga yang terdiri daripada Nur Arina, ibunya iaitu Saripah Ahmad, 48, serta tiga adik Nur Arina berusia 11 hingga 13 tahun sedang menaiki pelampung di sungai itu.

Katanya, ketika kejadian seramai 16 ahli keluarganya berkelah di tempat peranginan situ sekitar jam 2.30 petang.

Menurutnya, dia difahamkan empat pelampung tiub yang disewa lima individu berkenaan menyusuri arus sejauh kira-kira 300 meter sebelum pelampung dinaiki Nur Arina terpisah dari tiga pelampung lain berhampiran Loji Pembersihan Intake Air Lembaga Air Perak (LAP).

Dia berkata, keadaan itu membuatkan Nur Arina turun dari pelampung untuk menuju tiga pelampung lain, membuatkan dia hampir lemas sebelum Saripah cuba menyelamatkan anak keduanya itu.

“Namun Saripah juga dilihat bermasalah menyelamatkan Nur Arina akibat arus deras menyebabkan kami meminta bantuan dari penduduk kampung.

Advertisement

“Dengan bantuan penduduk kampung, Saripah sempat diselamatkan manakala Nur Arina terus hilang dibawa arus,” katanya.

Terkini dilaporkan mayat Nur Arina yang hilang dihanyutkan arus semasa mandi-manda bersama ahli keluarganya di Sungai Air Beruk, Jalan Padang Setang, Kampung Kerunai di Gerik pada petang Ahad telah ditemui.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mayat Nur Arina Azizan, 20, ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di Sungai Rui, kira-kira tujuh kilometer dari lokasi mangsa dihanyutkan.

Mayat mangsa ditemui oleh Pasukan Bomba Sukarela Kerunai pada jam 4 petang, tersangkut di dahan pokok di dalam air berhampiran tebing.

@malaysianupdatenews Timbullah Ana #malaysianupdate #malaysianupdatenews #malaysianupdateofficial #fyp #viral #ana ♬ original sound – Malaysian Update

@malaysianupdatenews Jasad Nur Arina ditemui di Sungai Rui. #malaysianupdate #malaysianupdatenews #malaysianupdateofficial #viral #fyp ♬ suara asli – Berkat اللّٰه SWT – حنيف

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel