Connect with us

Global

Detik-Detik Terakhir Laken Riley Sebelum Mati Dibunuh

Detik-detik terakhir sebelum Laken Riley dibunuh sewaktu berjogging di kampus Universiti Georgia didedahkan di mahkamah pada selasa, hari ketiga perbicaraan membabitkan pembunuhan pelajar kejururawatan yang berusia 22 tahun itu.

Pelajar Universiti Augusta itu ditemui mati di kawasan hutan di kampus Athens pada 22 Februari lalu.

Jose Ibarra, 26, mengaku “tidak bersalah” pada bulan Mei lalu atas tuduhan membunuh.

Advertisement

Ibarra kemudiannya didapati bersalah pada rabu, atas semua pertuduhan dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa sebarang kemungkinan untuk parol.

Pendakwa raya berkata Riley enggan menjadi mangsa rogol Ibarra yang juga adalah pendatang tanpa izin.

Pada pagi kejadian pembunuhan itu berlaku, sekitar pukul 8:55 pagi, Riley menghantar mesej kepada ibunya, Allyson Phillips.

Riley menelefon ibunya pada pukul 9:03 pagi sebelum dia dilihat dalam kamera cctv pada jam 9:05 pagi sedang berjogging dengan iPhone di tangan kirinya.

Pada 9:11 pagi, dia telah menghubungi 911, sebelum dia cuba dihubungi oleh ibunya sekitar jam 9:24 pagi namun tidak berjawab.

Advertisement

Kemudian pada jam 9:38 pagi, ibunya menghantar mesej, “Hubungi saya apabila anda boleh,”.

Riley yang kemudiannya ditemui mati dipercayai dibunuh, didapati telah mengalami trauma tumpul yang ketara di kepalanya, termasuk lapan kecederaan di sebelah kiri tengkoraknya dan kecederaan tepat di atas pelipis kanannya.

Dr. Michelle DiMarco yang menjalankan bedah siasatnya, memberi keterangan pada hari Selasa.

Satu daripada kecederaan itu cukup ketara sehingga menyebabkan pendarahan otak dan boleh membawa maut, katanya.

Terdapat juga bukti sesak nafas, walaupun DiMarco berkata dia tidak dapat mengkategorikan bagaimana ia berlaku, jelasnya lagi.

Advertisement

Perbicaraan yang disambung semula pada hari keempat pada Rabu mendapati Ibarra bersalah atas semua pertuduhan dan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa kemungkinan parol.

Polis berkata mereka percaya Ibarra — seorang pendatang dari Venezuela yang dikatakan pegawai memasuki AS secara haram pada 2022 — tidak mengenali Riley dan ini adalah “jenayah peluang” iaitu jenayah yang dilakukan apabila adanya peluang yang sesuai.

@malaysianupdatenews Detik-detik terakhir Laken Riley didedahkan di Mahkamah. #malaysianupdate #malaysianupdatenews #malaysianupdateofficial #viral #fyp #lakenriley #america ♬ Intense Hollywood movie style trailer music – Shota Low Matsumoto

Sumber: Abcnews

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel