Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas menteri pertahanannya, Yoav Gallant di samping ketua sayap bersenjata Hamas, Mohammed Deif.
Langkah di luar jangkaan itu menimbulkan kemaharan Netanyahu yang mengecamnya sebagai anti-Semitik, manakala pertuduhan ICC dianggap ‘merepek dan palsu’.
Bagaimanapun Amerika Syarikat menolak sepenuhnya waran tangkap ke atas pemimpin Israel yang dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
“Kami kekal bimbang dengan tindakan tergesa-gesa Pendakwa Raya untuk mendapatkan waran tangkap dan kesilapan proses yang membawa kepada keputusan ini.
“Amerika Syarikat sangat jelas bahawa ICC tidak mempunyai bidang kuasa dalam perkara tersebut,” kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara.
ICC yang berpangkalan di Hague, Belanda pada Khamis telah mengeluarkan tangkap ke atas Netanyahu dan Gallant di atas dakwaan jenayah perang di Gaza yang berlaku sekurang-kurangnya dari 8 Oktober 2023 sehingga 20 Mei 2024.
Menurut AFP, waran tangkap turut dikeluarkan kepada Ketua Sayap Ketenteraan Hamas, Mohammed Deif.
Israel mendakwa Deif terbunuh dalam serangan udaranya pada Julai lepas. Bagaimanapun, Hamas tidak mengeluarkan sebarang pengesahan ke atas dakwaan berkenaan.
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI