Russia dilapor telah melancarkan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) ke Ukraine, iaitu tindakan pertamanya menggunakan senjata tersebut di medan perang, kata tentera udara Ukraine.
Kepala peledak senjata itu yang dilengkapi dengan muatan bukan nuklear dan telah disasarkan ke bandar Dnipro, Ukraine.
Bagaimanapun Amerika Syarikat (AS) berkata mereka percaya bahawa Russia melancarkan peluru berpandu balistik jarak sederhana yang belum pernah digunakan sebelum ini, dalam serangan terhadap Ukraine, semalam.
Penganalisis berkata, tindakan itu memberi kesan kepada sistem pertahanan peluru berpandu Eropah.
Tentera AS menyatakan bahawa reka bentuk peluru berpandu Russia itu berdasarkan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) RS-26 Rubezh milik Russia yang berjarak lebih jauh.
Terdahulu sumber dari media Ukraine menyatakan bahawa peluru berpandu ICBM yang dilancarkan oleh Russia semalam itu dipercayai RS-26 Rubezh, peluru berpandu ICBM menggunakan bahan api pepejal dengan kemampuan membedil sasaran sejauh 5,800km, menurut Arms Control Association.
Peluru berpandu ballistik ICBM RS-26 Rubezh itu mula diuji pada 2012 dan mempunyai anggaran ketinggian 12 meter dan seberat 36 tan, menurut Center for Strategic and International Studies (CSIS).
Ia juga berkata bahawa RS-26 Rubezh itu berkemampuan membawa peledak nuklear seberat 800kg.
Selepas AS memberi kebenaran kepada Ukraine menggunakan ATACMS terhadap sasaran di Rusia, Presiden Rusia Vladimir Putin berkata, bahawa negaranya telah mengemaskini doktrin nuklear mereka.
Presiden Vladimir Putin menyatakan bahawa Rusia telah merendahkan ambang (threshold) untuk mewajarkan Moscow menggunakan senjata nuklear terhadap musuh-musuhnya yang menggunakan senjata jarak jauh buatan negara Barat terhadap wilayah Rusia.
Putin dalam satu ucapan yang disiarkan menerusi televisyen, mengesahkan Moscow melancarkan peluru berpandu balistik baharu yang dikenali sebagai ‘Oreshnik’ (Hazel) terhadap kemudahan ketenteraan Ukraine.
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, baru-baru ini berkata bahawa negaranya akan kalah dalam perang jika AS menarik dana diberikan, dengan masa depan konflik terbabit semakin menjadi tanda tanya berikutan kemenangan parti Republikan dalam pilihan raya AS.
Presiden AS yang dilantik, Donald Trump mendakwa beliau akan menamatkan perang tersebut dalam masa 24 jam, walaupun tidak memberikan butiran tentang bagaimana ia akan dicapai.
Pada masa sama, terdapat kebimbangan bahawa hubungan rapatnya dengan Putin akan menyebabkan beliau menghentikan sokongan terhadap Ukraine.
@malaysianupdatenews Rusia guna peluru berpandu balistik kapasiti nuklear buat pertama kali dalam sejarah perang. #malaysianupdate #malaysianupdatenews #malaysianupdateofficial #fyp #viral #russia #ukraine #usa ♬ sonido original – Nigel Neory Collins
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI