Connect with us

Terkini

Tak Bayar Hutang Lebih RM1 Juta, Barang Rumah Termasuk 4 Kereta Mewah DSV Bakal Dilelong

Aset serta beberapa buah kereta mewah milik usahawan sensasi, Datuk Seri Vida di Ipoh, Perak terpaksa disita berikuta gagal menyelesaikan hutang.

Memetik mStar Online, perintah tersebut dikeluarkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan pelaksanaan writ penyitaan dan penjualan dilakukan sekita jam 9 pagi tadi di banglo milk usahawan itu.

Difahamkan, usahawan itu gagal menjelaskan bayaran baki tunggakan kepada sebuah syarikat kontraktor pembinaan Ah Design Communication sebanyak RM1,060,285 pada tahun 2018.

Advertisement

Syarikat tersebut telah bekerjasama dengan Vida bagi melakukan pengubahsuaian banggunan pejabat usahawan itu yang terletak di Elite Industrial Park, Seksyen 33, Shah Alam.

Barangan disita antaranya empat buah kereta iaitu dua buah Toyota Vellfire, Toyota Grand Hiace dan BMW X7.

Menurut peguam plaintif, sekiranya Vida dapat membayar ganti rugi dalam tempoh dua minggu, proses lelongan barangan yang disita akan dihentikan.

“Tarikh lelongan sudah ditetapkan pada 9 Disember depan dan barnagan yang disita merupakan keseluruhan barangan di rumahnya serta empat buah kereta,” kata peguam.

Menurut wakil syarikat Ah Design Communication, pihak mereka terpaksa mengambil tindakan berikuta selepas beberapa kali cuba berbincang dan pernah berurusan dengan peguam namun tiada maklum balas.

Advertisement

Difahamkan, Vida tidak berada di kediamannya dan dipercayai berada di China sewaktu pihak berkenaan hadir untuk menyita barangan dalam banglonya.

Terkini Vida memaklumkan bahawa dia sudah melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkenaan.

“Saya mengambil perkara ini dengan serius dan akan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu yang dibangkitkan.

“Saya telah melantik peguam untuk menasihati dan membantu saya dalam menyelesaikan perkara ini dengan cara yang terbaik dan mengikut lunas undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan menerusi akaun media sosialnya.

Terdahulu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengeluarkan perintah menyita aset Datuk Seri Vida gara-gara gagal menjelaskan bayaran baki tertunggak kepada sebuah syarikat kontraktor pembinaan, Ah Design Communication sebanyak RM1,060,285 pada tahun 2018.

Advertisement

Syarikat berkenaan dikatakan telah bekerjasama dengan Vida bagi melakukan pengubahsuaian bangunan pejabatnya, Vida All Star Studio bertempat di Elite Industrial Park Seksyen 33, Shah Alam.

SUMBER: mStar Online

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel