Seorang Youtuber terkenal Sweden ditemui mati dalam keadaan kesejukan ketika berada sendirian di dalam hutan pada musim salji untuk menghasilkan kandungan kreatif.
Jasad Storm De Beul, 22, yang merupakan seorang pencinta alam ditemui di kawasan hutan terpencil Jokkmokk di Lapland, Sweden pada 30 Oktober lepas.
Menurut Daily Mail, De Beul dipercayai menghabiskan kebanyakan masanya di hutan berkenaan untuk merakam pengalaman melakukan aktiviti pendakian secara solo.
De Beul difahamkan terperangkap dalam ribut salji yang lebat pada malam sebelum dia menemui ajal dan sempat mengirimkan mesej terakhir kepada neneknya.
Dia sempat merakam keadaan salji lebat yang memenuhi kasut dan beg galas serta keadaan angin kencang menghentam khemah dimana dia bermalam.
“Ia akan menjadi lebih teruk malam ini.” katanya, menunjukkan bagaimana kasut dan beg galasnya sudah berisi penuh dengan salji.
“Salji turun dengan lebat di sini,” tulisnya dalam mesej lain kepada neneknya. “Tetapi jangan risau, saya akan bertahan, anda tahu.”
De Beul dikatakan turut menghantar rakaman berkenaan kepada beberapa orang kenalannya.
Menurut Daily Mail, De Beul telah pun diberikan amaran oleh rakan-rakanya tentang risiko bersendirian di dalam hutan pada musim salji. Namun begitu, dia mengabaikan nasihat-nasihat tersebut.
Dalam pada itu, ibu De Beul berkata setakat ini mereka tidak pasti mengapa mendiang meninggalkan khemah pada hari kematiannya dan berjalan dalam keadaan ribut sedang melanda.
Bagaimanapun, mereka percaya De Beul tiada pilihan lain selain meninggalkan kawasan berkenaan mungkin kerana khemahnya sudah rosak atau ditiup angin kuat.
Menurut Daily Mail lagi, kesan kecederaan patah turut ditemui pada hidung De Beul, menunjukkan dia mungkin terjatuh ketika bergerak di dalam hutan.
De Beul sempat menghubungi talian kecemasan untuk melaporkan kecederaan yang dialaminya dan meminta bantuan.
Bagaimanapun akibat cuaca buruk dan angin kencang, helikopter hanya dapat digerakkan ke lokasi De Beul sehari kemudian, namun sudah terlambat.
Youtuber tersebut ditemui sudah tidak bernyawa, jauh dari tapak khemah dan kira-kira satu hari perjalanan menuju ke lokasi keretanya dipakir.
Sementara itu memetik metro.co, Ibunya, Elisabeth Rademaker, berkata: ‘Pokok telah tercabut pada malam itu. Mungkin khemahnya juga ditiup angin dan dia tiada pilihan selain mula berjalan.
‘Tetapi ia adalah -6°C, dan kerana ribut ia berasa seperti -18°C. Kakinya membeku. Tetapi tangannya tidak, dia mungkin masih mempunyai pemanas untuk tangannya.
‘Dia telah patah hidungnya, kemungkinan dia juga jatuh. Dia pasti menderita untuk masa yang lama dan mati seorang diri. Saya terus membayangkan saat-saat terakhirnya. Ia menghancurkan saya.’
Dia berkata: ‘Pegawai polis tempatan menelefon untuk mengatakan bahawa terdapat masalah di Sweden. Sepanjang hari, kami berharap mereka akan menemuinya dalam keadaan masih hidup.
Bapanya menyifatkan Storm sebagai seseorang yang ‘mempunyai masalah untuk berhubung dengan orang ramai’ dan ‘suka bersendirian,’ itulah sebabnya dia melakukan pengembaraan solo ke alam semula jadi dengan menaiki Peugeot 307 kecilnya.
Dia menambah: ‘Videonya adalah harta yang tidak ternilai bagi kami. Tetapi kini kameranya ada di sana, di suatu tempat di dalam salji, penuh dengan imej dari perjalanan terakhirnya.
‘Saya tidak mahu apa-apa selain mendapatkan video itu kembali.’
Dan ibunya berkata anaknya belajar untuk meneruskan kelangsungan hidup dalam keadaan seperti itu dengan menonton berjam-jam video sepertinya di YouTube.
Sumber: Daily Mail, Metro.co
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI