Sunday, October 26, 2025

Gus Miftah Minta Maaf Kerana Menghina Penjual Teh Ais Viral Sunhaji: Walaupun Niatnya Cuma Bergurau

December 4, 2024
1 min read

Selepas menerima kecaman netizen kerana mengejek penjual teh ais, Miftah Maulana alias Gus Miftah memohon maaf.

Dia dilapor bergegas ke kediaman Sunhaji, penjual teh ais viral di Dusun Gesari, Desa Banyusari, Kecamatan Grabag, Magelang, Jawa Tengah, Rabu.

Untuk info, Sunhaji mendapat banyak simpati orang ramai selepas videonya yang dihina Gus Miftah tular di media sosial.

Sebilangan pihak turut mengecam kata-kata Gus Miftah yang disifatkan tidak wajar itu termasuk Parti Gerindra dan beberapa tokoh masyarakat lain.

Akhirnya, pengasas Pondok Pesantren Ora Aji, Sleman, Yogyakarta, itu telah datang terus kepada Sunhaji untuk memohon maaf.

Menurut portal Tribunjogja.com, sebaik tiba di lokasi, Gus Miftah yang keluar dari kereta segera disambut pelukan Sunhaji.

Sunhaji menangis, dia kelihatan meluahkan perasaannya di bahu Gus Miftah.

Pelukan itu dilihat berlangsung selama beberapa saat.

Sementara itu, Gus Miftah juga kelihatan sebak.

Sunhaji kemudian menjemput Gus Miftah masuk ke dalam rumahnya yang sederhana.

Duduk di atas lantai rumah Sunhaji, mereka berdua kelihatan berbual mengenai kejadian yang berlaku.

Gus Miftah meminta maaf kepada Sunhaji.

“Mohon maaf, walaupun niat untuk bergurau, saya minta maaf,” kata Gus Miftah.

“Kalau saya buat salah, saya juga akan minta maaf,” kata Sunhaji.

@malaysianupdatenews Allahu sakitnya sampai ke Malaysia #malaysianupdate #malaysianupdatenews #malaysianupdateofficial #fyp #viral ♬ original sound – Malaysian Update

@malaysianupdatenews Replying to @bentidris ♬ original sound – Malaysian Update

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

HANGAT MINGGU INI

Doa Jiran ‘Menembusi Langit’, Kisah Safitri Diceraikan Dua Hari Sebelum Suami Dilantik PPPK Raih Simpati Ramai

ACEH – Kisah pilu seorang wanita dari Aceh, Indonesia kembali mengundang sebak

Pegawai Pemerintah Dipecat Gara-Gara Ceraikan Isteri, Shella Saukia Tampil Hulur Bantuan

ACEH – Nama Shella Saukia kembali jadi sebutan di media sosial selepas