Pendakwah terkenal Indonesia, Miftah Maulana Habiburrahman dilapor mengumumkan peletakan jawatan daripada Jabatan Utusan Khusus Presiden Bidang Kerukunan Beragama dan Pembinaan Sarana Keagamaan, selepas tular ‘menghina’ seorang penjual air teh di majlis dakwahnya beberapa hari lalu.
Beliau yang juga dikenali sebagai Gus Miftah berkata keputusan itu dibuat secara sukarela tanpa tekanan daripada mana-mana pihak.
“Hari ini dengan segala kerendahan hati dan ketulusan dan dengan penuh kesedaran, saya ingin sampaikan sebuah keputusan yang telah saya renungkan dengan sangat mendalam.
“Saya memutuskan untuk mengundurkan diri daripada tugas saya sebagai Utusan Khas Presiden Kerukunan Beragama,” jelas Gus Miftah.
Teguran Probowo kepada Gus Miftah disampaikan oleh Ketua Pejabat Komunikasi Presiden (PCO) Hasan Nasbi.
Beliau berkata Presiden Prabowo Subianto sangat menjunjung adab terhadap semua orang.
“Kami dari Pejabat Perhubungan Kepresidenan turut turut menyesali kejadian malang yang berlaku baru-baru ini dan membabitkan utusan khas Presiden Republik Indonesia,” ujar Hasan.
Terdahulu tular video yang memaparkan Miftah Maulana Habiburrahman atau dikenali sebagai Gus Miftah mempersendakan dan menghina seorang penjual air teh.
Perbuatannya itu kemudian mendapat komen daripada ramai netizen sehingga menyebabkan dia sendiri datang ke rumah penjual minuman itu di Grabag Magelang untuk memohon maaf.
Beliau juga mengakui ditegur oleh Setiausaha Kabinet, Mejar Teddy Indra Wijaya, agar berhati-hati ketika bercakap di khalayak ramai.
Penjual teh ais itu bagaimapun telah memaafkan Gus Miftah dan masalah antara mereka kemudian diselesaikan dengan cara yang baik.
Insiden itu dilapor turut menarik perhatian Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengkritik tindakan itu yang dianggap angkuh dan sombong.
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI
