Penyanyi Najwa Latif baru-baru ini berkongsi berita sedih memaklumkan dirinya mengalami keguguran ketika usia kandungan mencecah lima minggu.
Bagaimanapun penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Cinta Muka Buku’ itu tetap bersyukur diberi kesempatan merasai pengalaman hamil selama lima minggu.
Sementara itu, suaminya yang juga penyanyi Akwa Arifin berkongsikan momen mereka melalui fasa kehilangan itu di Instagram serta memaparkan isterinya berada di hospital.
Menurut Akwa, belum ada rezeki buat dia dan Najwa untuk menimang cahaya mata namun video itu dikongsikan untuk kenangan.
Dalam video berkenaan, Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif, 29 kelihatan menangis ketika berada di katil hospital serta ketika berpelukan bersama anak saudaranya.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan agar pasangan itu diberikan kekuatan menghadapi ujian serta dikurniakan rezeki cahaya mata tidak lama lagi.
Terdahulu Najwa Latif berkongsi berita sedih memaklumkan dirinya mengalami keguguran ketika usia kandungan mencecah lima minggu.
Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram, Najwa atau nama lengkapnya Imratul Najwa Abdul Latif, 29, meminta maaf kerana tidak dapat dihubungi memandangkan dirinya baru sahaja mengalami keguguran anak pertama.
“Saya hanya ingin memberitahu kepada semua, saya benar-benar minta maaf kerana saya tidak boleh bercakap dengan sesiapa sekarang.”
“Saya mengalami keguguran. Sejujurnya, saya tidak bercadang untuk berkongsi perkara ini kerana ia terasa sangat peribadi untuk saya dan suami.”
Najwa turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat dan doa buat dirinya.
“Tetapi, saya sangat menghargai semua kata-kata baik anda. Terima kasih kerana memikirkan saya semasa waktu yang sukar ini.”
“Jika boleh, izinkan kami bersedih dalam diam. Simpanlah kami dalam doamu. Semoga semua fikiran dan doa anda dikembalikan kepada anda juga. Terima kasih.”
“Alhamdulillah. Allah bagi pinjam 5 minggu but see you when we see you, bebibu.”
Untuk info pelantun lagu Cinta Muka Buku itu mendirikan rumah tangga dengan penyanyi rap, Akwa Arifin pada 11 November 2022 di Batu Pahat, Johor.
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI