Connect with us

Jenayah

‘Benar Kata Pepatah, Manusia Lebih Kejam Daripada Binatang’ – Wanita Hilang 10 Hari Ditemui Mereput Dalam Longkang

Misteri kehilangan seorang wanita, Nurul Asikin Lan berusia 28 tahun sejak 10 hari lalu akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemui dalam keadaan hampir reput di kawasan longkang Jalan Setia Raja, Kuching, pada Sabtu lalu.

“Benar kata pepatah, manusia lebih kejam daripada binatang!”

Demikian perkongsian sepupu Nurul Asikin, Satila Layla selepas menerima perkhabaran jasad wanita itu dipercayai dibunuh dan mayatnya dibuang di Samajaya, Tabuan Jaya dekat Kuching, Sarawak.

Satila mendakwa sepupunya yang berusia 26 tahun tidak dapat dihubungi selepas keluar bersama lelaki yang baharu sahaja dikenalinya pada 5 Disember lalu.

Advertisement

Difahamkan wanita malang itu keluar makan bersama seorang kenalan lelaki warga tempatan dengan memakai dress berona kuning, memakai beg tangan hitam dan membawa bersama telefon bimbit jenis Iphone 14.

Sempat berkongsi maklumat lelaki berkenaan, menurut Satila pihak keluarga cuba menghubungi Nurul Asikin sejak malam kehilangan namun tidak berjaya. Malah mereka juga cuba menghubungi lelaki tersebut namun disekat.

Sementara itu pihak polis dilaporkan menahan seorang lelaki selepas disyaki terlibat dalam kejadian bunuh seorang wanita, Nurul Asikin Lan, 26, yang dilaporkan hilang sejak 10 hari lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mohd. Farhan Lee Abdullah berkata, suspek berusia 23 tahun itu ditahan semalam susulan maklumat yang diperoleh pihaknya.

“Bertindak atas maklumat, pihak polis telah menemui mayat mangsa yang hampir reput di kawasan longkang Jalan Setia Raja, Kuching,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Lelaki tersebut juga dikatakan telah terbang ke Kemboja, kononnya bagi menyaksikan perlawanan pasukan Harimau Malaya menentang Kemboja di negara tersebut.

Namun, perjalanannya ke sana tidak ditemani oleh mangsa, menyebabkan keberadaan mangsa menimbulkan tanda tanya.

Sementara itu Bapa kepada Allahyarhamah Asikin, Lan Endor, 53, berharap agar kematian anak sulungnya itu mendapat pembelaan dan suspek bakal dikenakan hukuman yang setimpal.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel