Sunday, October 26, 2025

Kim Seri Nafi Lari Ke Jepun, Terpaksa Tutup Nombor Selepas Terima Terlalu Banyak WhatsApp Dari Bukan Pelanggan

December 20, 2024
1 min read

Pempengaruh Kim Seri, 39, yang kini berdepan dakwaan penipuan membabitkan pakej pelancongan kendaliannya, menafikan dia sudah melarikan diri ke Jepun, sebaliknya dia mendakwa masih berada di Korea Selatan.

Kim Seri menjelaskan bahawa dia telah menerima banyak mesej daripada orang yang tidak dikenali.

Kim Seri berkata nombor telefon tersebut didedahkan bertujuan untuk memudahkan urusannya membayar balik wang pelanggan yang didakwa terbabit dengan dakwaan penipuan pelancongan ke Korea Selatan.

“Untuk yang bertanya kenapa nombor WhatsApp yang tak dapat dihubungi, saya minta maaf kerana kesilapan mendedahkan nombor tersebut kepada umum.”

“Kami menerima ratusan mesej sehari dan bukan daripada pelanggan yang memohon refund. Jadi, buat masa ini kami terpaksa menutup nombor tersebut.”

“Biarlah kami sendiri yang menghubungi para pelanggan kami.”

Kim Seri juga mendakwa bahawa dia sudah membuka kumpulan WhatsApp sebagai usaha memulangkan wang dibayar pelanggan untuk pakej pelancongan bulan ini.

“Saya sudah buat satu kumpulan WhatsApp bagi memulakan proses pemulangan wang untuk perjalanan Disember ini dan seterusnya.

“Perjalanan akan datang bukan bermaksud pakej baharu yang akan dibuka. Saya tidak buka mana-mana perjalanan baharu tetapi yang sudah ada, iaitu yang akan berlepas pada Januari dan Februari ini,” katanya lagi.

Terdahulu tular beberapa video dan hantaran yang dimuat naik beberapa individu di media sosial yang dipercayai menjadi ‘mangsa’ kepada pakej pelancongan yang ditawarkan Kim Seri.

Media turut melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sebanyak 24 laporan berkait pempengaruh ini dalam penipuan pakej pelancongan ke Korea Selatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mangsa-mangsa difahamkan mengalami kerugian hampir mencecah RM500,000.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

HANGAT MINGGU INI

Doa Jiran ‘Menembusi Langit’, Kisah Safitri Diceraikan Dua Hari Sebelum Suami Dilantik PPPK Raih Simpati Ramai

ACEH – Kisah pilu seorang wanita dari Aceh, Indonesia kembali mengundang sebak

Pegawai Pemerintah Dipecat Gara-Gara Ceraikan Isteri, Shella Saukia Tampil Hulur Bantuan

ACEH – Nama Shella Saukia kembali jadi sebutan di media sosial selepas