Sunday, November 16, 2025

‘Terima kasih ALLAH kerana menjadi satu-satunya harapanku’ – Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

December 23, 2024
1 min read

Siapa sahaja tidak kenal dengan Khaby Lame? Khaby Lame atau nama sebenarnya Khabane Lame merupakan seorang pempengaruh terkenal yang sering mencipta video menarik dengan mimik wajah yang lucu dan ‘gesture’ tangan yang ikonik.

Menerusi hantaran terbaru dimuat Khaby Lame sendiri, dia yang dilihat lengkap memakai ihram sempat merakamkan video di hadapan Kaabah di Makkah.

Menurut Khaby Lame, beliau bersyukur kepada Allah SWT kerana telah memberikan segalanya kepada dirinya dan yang paling penting kekuatan untuk terus berusaha serta mempercayai impiannya.

“Saya telah menghadapi banyak dugaan dalam hidup, dan apabila segala-galanya kelihatan mustahil, iman saya terus menyokong saya. Terima kasih, Allah, kerana menjadi satu-satunya harapan saya,”

Untuk info Khaby Lame sebenarnya berasal dari Senegal namun dibesarkan di Turin, Itali.

Khaby Lame mula meraih populariti ketika pandemik COVID-19 melanda dunia sekitar tahun 2020.

Sebelum ini Khaby dilaporkan telah kehilangan pekerjaannya sebagai pekerja kilang, yang kemudian menjadi punca dia mula mencipta ‘content’ di TikTok.

Difahamkan sehingga kini Khaby merupakan diantara salah seorang pempengaruh Tiktok paling ramai pengikut dengan lebih 162.4 juta pengikut.

Khaby juga merupakan seorang Muslim dan hafiz Al-Quran.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

HANGAT MINGGU INI

Sekolah Agama Dari Ceruk Kampung Jadi Fenomena Bola Sepak Thailand

BANGKOK – Tular di seluruh Thailand, kisah sebuah sekolah agama serba kekurangan

Pengasas eHATI Didakwa Lari ke Negara Asia Tenggara Sehari Sebelum Pertuduhan

KUALA LUMPUR – Pengasas program eHATI bersama suaminya dipercayai melarikan diri ke