Pempengaruh media sosial yang dikenali di kawasan utara, Man Kulim ‘Pening’ dilaporkan telah meninggal dunia.
Berita sedih ini disampaikan melalui hantaran yang dimuat naik oleh Eira Aziera di laman Facebook.
“Hai Asalamualaikum semua…kepada semua, Eira nak bagitau, tolong sedekahkan Al Fatihah kepada arwah Man Kulim kerana dia sudah tinggalkan kita, saya dapat info dalam pukul 6 petang tadi.
“Eira dalam perjalanan ke rumah arwah di Kulim dan jenazah akan dikebumikan, Eira tak pasti malam ini atau esok pagi dan sekarang jenazah ada di rumahnya di Kulim.
“Sesiapa yang nampak video ini, tolong sedekahkan Al Fatihah kepada arwah Man Kulim ‘Pening’ dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman, Amin,” katanya melalui hantaran video.
Sementara itu menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Abu Mamu, Allahyarham yang terkenal sebagai “food reviewer”, menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 5 petang tadi.
“Sama-sama kita doakan, semoga Allah permudahkan urusan dia,” tulis hantaran tersebut.

Berita pemergian Man Kulim ataua nama sebenarnya Burhan Che Mokhtar mengejutkan netizen kerana baru-baru ini, Allahyarham berkongsi kesedihannya berikutan pemergian ibunya, Siti Asa Lateh pada 11 Disember lalu. Difahamkan bapa Man Kulim juga baru meninggal pada 30 Oktober yang lalu.
Berita duka pemergian Allahyarham Man Kulim turut dikongsikan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.
“Difahamkam, Man Kulim atau nama sebenarnya Burhan Che Mokhtar dipercayai mengalami demam panas sebelum meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital.”
“Dengan rasa penuh hiba dan rendah hati, kami ingin menyampaikan takziah kepada keluarga dan sahabat handai Allahyarham Burhan Che Moktar atau Man Kulim yang telah kembali ke rahmatullah.”
“Kehilangan ini sangat dirasai, namun kita percaya Allah SWT lebih menyayanginya.”
“Mai kita sedekahkan bacaan al fatihah kepada Allahyarham Man Kulim, moga diampunkan segala dosa dan ditempatkan bersama para solehin.”
Sementara itu, adik arwah dikenali sebagai Bunga Dhia melalui hantaran di FB mengesahkan bahawa abang sulungnya itu meninggal dunia selepas Asar petang tadi dan akan dikebumikan di Kuala Muda, Penaga, Seberang Perai Utara.
Terkini jenazah Allahyarham Burhan Che Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Man Kulim telah selamat dikebumikan sekitar jam 1.45 minit pagi tadi di Tanah Perkuburan Masjid Al-Hidayah, Kuala Muda, Penaga, Pulau Pinang.
Allahyarham dikatakan mengalami demam panas selama beberapa hari sebelum disahkan meninggal dunia sekitar jam 5 petang tadi.
Untuk makluman, Allahyarham baru sahaja kehilangan ayahnda tercinta pada 30 Oktober lepas dan disusuli pula dengan pemergian ibunda tercinta pada 11 Disember 2024. Allahyarham merupakan anak sulung dan meninggalkan seorang balu.
Al-Fatihah buat Allahyarham, semoga ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh, juga takziah buat keluarga Allahyarham.
Tular dimedia sosial Lan Pet Pet mrnziarahi pusara Man Kulim jam 3 pagi selepas TikToker berkenaan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al-Hidayah, Kuala Muda, Penaga, Pulau Pinang.
Menerusi perkongsian di TikTok ahli kumpulan Senario itu, dia telah datang menziarahi pusara Man atau nama sebenarnya, Burhan Che Mokhtar pada awal pagi 25 Disember 2024.
Lan Pet Pet atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad menzahirkan beliau cukup menyayangi sahabatnya itu dan berharap Allahyarham tenang di negeri abadi.
Beliau menganggap Man Kulim seperti adiknya sejak mereka bersahabat.
“Mannnnnn….. Semoga hang tenang di sana Mannnn… Aku sayang hang Man. Hang baik Man. Allah pun sayang hang…”
@lanpetpet69 Mannnnnn….. Semoga hang tenang di sana Mannnn… Aku sayang hang Man. Hang baik Man. Allah pun sayang hang…
@malaysianupdatenews Abang @lanpetpet69 dengan @mankulimpeninggg dah macam adik beradik..semoga abang lan tabah menerima ujian Allah #malaysianupdate #malaysianupdateofficial #malaysianupdatenews #viral #fyp ♬ original sound – Lirik Pendek ✅ – Caciu
@malaysianupdatenews Innalillahiwainnailaihirojiun.. 30/10/24 Bapa Man Kulim Meninggal 11/12/24 Mak Man Kulim Meninggal 24/12/24 Man Kulim pula meninggal dunia.. Salam takziah..Alfatihah #malaysianupdate #malaysianupdateofficial #malaysianupdatenews #fyp #viral #man #kulim ♬ Bila Waktu Tlah Berakhir – Sariyanto SKW





Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI
