Connect with us

Terkini

Pelawak Popular Tanahair Dipenjara 6 Bulan Di Jeddah Kerana Miliki Ganja

Seorang pelawak popular tanahair yang ditahan di Jeddah, Arab Saudi, pada Oktober lalu, atas kesalahan dadah, dilaporkan sedang menjalani hukuman penjara selama enam bulan.

Difahamkan hukuman berkenaan dijatuhkan ketika perbicaraannya, November lalu.

Sumber berkata, pelawak itu berkemungkinan akan dibebaskan lebih awal sekiranya berkelakuan baik.

“Berdasarkan penghakiman, dia dijangka selesai menjalani hukuman penjara itu pada April ini,” katanya kepada Berita Harian, hari ini.

Advertisement

Terdahulu media melaporkan Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Jeddah, Arab Saudi.

Sejak penahanannya, pihak Kedutaan Besar Malaysia dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah memberikan bantuan konsular kepada warga Malaysia terbabit.

Pelawak itu dipercayai ditahan di Lapangan Terbang Jeddah oleh pihak berkuasa Arab Saudi ketika menunaikan umrah bersama rakan-rakannya kerana disyaki membawa bahan terlarang.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel