Connect with us

Terkini

Penyanyi ‘Bea Soba Bea’ Sudah Ada Kelab Peminat Di Penjara Narathiwat

Penyanyi dikir barat terkenal daripada Malaysia yang ditangkap baru-baru ini kerana disyaki memiliki 6000 pil kuda, didakwa sudah mempunyai kelab peminatnya tersendiri di dalam penjara Wilayah Narathiwat.

Harian Metro melaporkan, kelab peminat penyanyi itu ditubuhkan baru-baru ini.

Menurut Pakar Pengurusan Jenayah (bahagian wanita) Penjara Wilayah Narathiwat, Panata Yononarongdetkul, kebanyakan peminat di penjara tersebut terdiri daripada banduan wanita.

Selain mempunyai kelab peminat di Selatan Thailand termasuk di Narathiwat, penyanyi yang berusia 29 tahun itu juga mempunyai kelab peminat di dalam penjara ini. Kebanyakan peminatnya di penjara ini terdiri daripada banduan wanita dan mereka akan menyanyi bersama-samanya pada waktu tertentu.

Advertisement

“Ada antara mereka meminta pihak penjara memuat turun lagu-lagu penyanyi itu dan memasangnya sebagai hiburan mereka,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Tambah Panata, penyanyi tersebut sudah mulai ceria sekarang terutama selepas lawatan pihak media Malaysia pada 21 Disember lalu.

“Selepas lawatan pihak media dari Malaysia pada 21 Disember lalu, penyanyi itu kelihatan makin gembira dan seolah-olah dia mendapat suntikan semangat baharu.

“Dia dapat merasakan peminatnya masih memberi sokongan kepadanya dan beliau amat teruja untuk kembali kepada peminatnya,” katanya.

Terdahulu keluarga kepada penyanyi wanita Kelantan yang popular dengan lagu ‘Bea Soba Bea’ itu menafikan mereka akan menjual tanah dan rumah demi menanggung kos guaman yang dipercayai mencecah RM1.3 juta (10 juta baht).

Advertisement

Menurut ahli keluarga terdekat, mereka tidak pernah terfikir untuk menjual harta dan mendapatkan khidmat guaman yang mencecah jutaan ringgit itu.

Penyanyi wanita popular dari Kelantan itu antara enam individu yang ditahan Polis Thailand dalam serbuan di sebuah hotel di Pekan Sungai Golok pada 1 November lepas.

Penahanan penyanyi itu bersama lima lagi individu adalah bagi membantu siasatan berkaitan rampasan 6,000 biji dadah dipercayai pil kuda.

Keenam-enam mereka ditahan selama 84 hari atau hampir tiga bulan bagi membantu siasatan.

Penyanyi itu juga dilaporkan berkata, keluarganya menolak dua peguam dari Thailand yang nenawarkan kos sebanyak RM1.3 juta setiap sorang untuk kendalikan kes beliau.

Advertisement

Sumber: Harian Metro, Berita Harian

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel