Connect with us

Terkini

“Hang tinggal aku, Man…” – Lan Pet Pet Menangis Pertama Kali Reviu Makanan Tanpa Man Kulim

Pelawak terkenal tanahair, Mazlan Ahmad atau lebih dikenali sebagai Lan Pet Pet buat kali pertama menitiskan air mata ketika membuat reviu pembukaan sebuah restoran tanpa sahabatnya.

Namun apa yang lebih menyayat hati, Lan Pet Pet berkata bahawa ini adalah kali pertama beliau menjalankan promosi restoran tersebut tanpa sahabatnya yang juga seorang personaliti media sosial iaitu Allahyarham Man Kulim di sisinya.

“Kerinduan yang tak akan terubat bila kita merindui sahabat kita yang telah kembali kepada-Nya,” tulis Lan Pet Pet menerusi TikToknya, @lanpetpet69.

Advertisement

“Selalu saya buat reviu mula-mula dulu dengan arwah Man Kulim.

“10 cawangan buat reviu sama-sama tapi kali ini untuk cawangan ke-11 terpaksa buat reviu seorang diri.

“Hang tinggal aku, Man…”

“Man hang tinggal aku… Dia orang yang baik, sememangnya adik saya yang terbaik,” kata Lan Pet Pet lagi.

Lan Pet Pet mengakui bahawa rindu yang tiada ubat adalah pada mereka yang sudah tiada.

Advertisement

Lan Pet Pet juga berharap orang ramai sedekahkan bacaan Al-Fatihah dan mendoakan agar arwah Man Kulim atau nama sebenarnya, Burhan Che Mokhtar ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

“Al-Fatihah buat arwah Man Kulim. Dia orang baik,” tambah Lan Pet Pet lagi.

@malaysianupdatenews Innalillahiwainnailaihirojiun.. 30/10/24 Bapa Man Kulim Meninggal 11/12/24 Mak Man Kulim Meninggal 24/12/24 Man Kulim pula meninggal dunia.. Salam takziah..Alfatihah #malaysianupdate #malaysianupdateofficial #malaysianupdatenews #fyp #viral #man #kulim ♬ Bila Waktu Tlah Berakhir – Sariyanto SKW

@malaysianupdatenews Al-Fatihah buat arwah Man Kulim #malaysianupdate #malaysianupdateofficial #malaysianupdatenews #fyp #viral #kulim ♬ original sound – Malaysian Update

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel