Connect with us

Hiburan

Siapa Sebenarnya Iyah May? Penyanyi Yang Kehilangan Kontrak Kerana Lagu ‘Karmageddon’

Iyah May, seorang penyanyi dan penulis lagu Australia, baru-baru ini meraih populariti apabila lagu terbaharunya, Karmageddon, tular di media sosial.

Menerusi satu hantaran Instagram pada 19 November 2024, dia mendedahkan bahawa pengurusnya telah menamatkan kontrak selepas dia enggan mengubah lirik lagu tersebut.

Dalam lagu itu, May menyentuh isu seperti ‘big pharma’, ‘virus buatan manusia’, ‘cancel culture’, dan ‘genosid’.

Menurut laman webnya, lagu tersebut membincangkan konflik Israel-Palestin, kekejaman terhadap wanita, naratif wabak, korupsi dalam institusi politik, farmaseutikal dan kesihatan serta kegelisahan sosial yang melanda dunia kebelakangan ini.

Advertisement

May atau nama sebenarnya ialah Marguerite Clark, dilahirkan di Cairns, Queensland sebelum berpindah ke Brisbane, menurut laporan Newsweek pada 31 Disember 2024.

Berdasarkan laman web itu lagi, May dibesarkan oleh ibu dan kakak-kakaknya di sebuah perkampungan di Far North Queensland, Australia.

Ketika menjadi pelajar perubatan yang di New York, Amerika Syarikat, May memulakan kerjaya muziknya.

“Didorong oleh kekecewaan terhadap dunia yang berpecah-belah, saya meluahkan kesedihan melalui lagu Karmageddon.

“Kerjaya saya sebagai doktor banyak terjejas, dan saya sangat terkesan secara peribadi. Untuk sekian lama, saya berasa terasing dengan pendapat saya sendiri.

Advertisement

“Lagu ini mencerminkan rasa tidak berdaya yang ramai daripada kita rasakan dalam masa-masa sukar ini,” katanya.

May juga mendakwa bertugas sebagai doktor barisan hadapan semasa pandemik Covid-19, seperti yang dilihat dalam foto dan video di Instagram.

Dia mendapat ilham menulis lagu Karmageddon berdasarkan pengalamannya dalam bidang perubatan.

Walaupun kehilangan pengurus dan kontraknya, Karmageddon menjadi tular dan menerima sokongan dari seluruh dunia.

Sementara itu, pengurus May masih belum memberikan sebarang komen mengenai isu terbabit. — Agensi

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by iyah may (@iyahmayhem)

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel