Connect with us

Global

Status Facebook Bapa Maut Dibunuh Anaknya Kembali Tular, Papar Masa Lalu Yang Penuh Bahagia Menunggu Ketibaan Orang Baru Dalam Keluarga

Kes seorang kanak-kanak membunuh bapa dan nenek kandungnya di Lebak Bulus menggemparkan orang ramai. Lebih-lebih lagi, sehingga kini motif sebenar perkara ini tidak didedahkan.

Difahamkan lelaki berinisial MAS (14) itu tergamak membunuh bapanya (APW) dan nenek RM (61) ketika mereka sedang tidur lena dengan menikam mereka menggunakan pisau.

Kes ini turut menjadi tumpuan netizen malah mereka menyelongkar kisah lalu mangsa dan pelaku.

Baru-baru ini akaun Facebook APW menjadi tumpuan netizen apabila tular kembali muat naik APW dari tahun 2010 yang mengandungi maklumat mengenai penantian APW terhadap kelahiran MAS.

Advertisement

“Alhamdulillah menyambut kedatangan anggota keluarga baru:) Hurayy,” tulis akaun Facebook APW.

“Menantikan kelahiran anakku. Belle dah mules2 nih,” tulisnya lagi.

Sehingga kini, kes mengejutkan ini masih menjadi tumpuan. Malah ramai yang masih tertanya-tanya motif MAS menikam bapa dan neneknya sehingga mati.

Namun, seolah-olah hendak menjawab salah satu motif kejadian ini, salah seorang tutor kepada MAS itu mendedahkan perkara pelik.

Memetik dari X, individu yang mengaku sebagai tutor MAS berkata MAS seorang pelajar yang pendiam.

Advertisement

“Saya kenal kanak-kanak ini dalam kelas saya, dia pintar dan agak pendiam,” katanya dalam satu hantaran di X.

Terkini, satu fakta baru yang ‘pelik’ terbongkar dalam kes MAS (14), seorang kanak-kanak yang tergamak membunuh bapa dan neneknya di sebuah kawasan perumahan di kawasan Lebak Bulus, Jakarta Selatan.

Difahamkan juga, dalam kes ini, MAS bukan sahaja menikam bapa dan neneknya, malah pelaku turut menikam ibu kandungnya, AP (40), menggunakan pisau.

Akibat daripada kejadian ini, AP mengalami kecederaan parah dan terpaksa menerima rawatan di hospital. Fakta baru ini diungkap oleh peguam MAS, Amriadi Pasaribu, yang bertemu dengan AP pada Khamis (26/12).

AP mengakui kepada Amriadi bahawa dia masih tidak tahu bahawa anaknya telah melakukan perbuatan dahsyat itu. Ini kerana menurut AP, MAS tidak pernah melakukan keganasan terhadap keluarganya.

Advertisement

“Ibu masih tidak menyangka MAS melakukannya, kerana tidak pernah ada kekerasan terhadap siapa pun dalam kehidupan seharian adik (MAS),” kata Amriadi, dipetik dari Kompas TV, Rabu (1/1). Jelas Amriadi, AP masih tidak percaya pelakunya adalah MAS, kerana mengaku melihat orang yang membunuh kedua-dua mangsa memakai topeng.

Sumber: TVOneNews

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel