Connect with us

Terkini

“Komen Netizen Terhadap Anak Zahnita Kurang Ajar Giler..”-Wardina Safiyyah

Pelakon, model dan pengacara terkenal, Wardina Safiyyah meluahkan rasa kesal terhadap pihak media yang tergamak menemu ramah anak-anak model dan pelakon, Zahnita Wilson yang kini dalam proses penceraian setelah didakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga bersama suaminya, Abdul Zackery.

Wardina menerusi hantaran di Instagram, akui rasa berang dengan pihak terlibat yang mendedahkan identiti kanak-kanak selain kesal dengan komen-komen netizen yang biadap terhadap anak-anak Zahnita Wilson.

“Saya rasa sangat tidak patut untuk interview anak dia. Komen netizen terhadap anak Zahnita kurang ajar giler. Budak tu budak lagi. Pertama sekali, awak tak patut mendedahkan budak itu.

Reporter pun satu, korang kan ada etika wartawan, jangan interview budak. Budak itu tidak mempunyai kekuatan mental untuk tepis komen-komen netizen. Habis mental health budak tu.

Advertisement

Dah teruk mak bapak berpisah, tambah lagi dengan komen korang, kesian giler budak tu. Budak tu tak bersalah. She caught in between.”-kata Wardina

Tegasnya lagi, anak-anak kepada model terkenal itu hanyalah mangsa keadaan serta berpendapat Zahnita dan suaminya itu mempunyai versi kisah masing-masing.

“Budak tu, anak-anak Zahnita semua mangsa keadaan. Bila kita fikir secara logik, Zahnita went into the public and thats her right.

Walaubagaimanapun, korang sape nak diagnos mamat tu ada NPD? Jadi logically bila suami Zahnita, orang dah tuduh dia, dia pun balas la balik tuduhan tu. Itu hak dia, sama ada kita percaya atau tidak. Zahnita ada version dia, Zackery ada version dia.”-kata Wardina lagi

Sumber: Murai.my

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel