Connect with us

Terkini

‘Selamat Jalan Bidadariku’ – Isteri Pergi Buat Selamanya Dalam Pelukan Suami Selepas Baru selesai Susukan Bayi Usia 2 Bulan

Seorang suami meluahkan kesedihan apabila isteri tercinta, Nur Izzaty Hafizah Abuhuraira ‘pergi’ dalam keadaan tidur selepas menyusukan anak berusia dua bulan.

Perkongsian kisah duka tersebut dimuat naik oleh pengguna Thread dikenali sebagai amirul_n4fis apabila mengucapkan selamat tinggal buat isterinya, Nur Izzaty Hafizah binti Abuhuraira yang ‘pergi’ ketika usia perkahwinan mereka baru mencecah 2 tahun.

Menerusi hantaran yang dibuat Amirul, isterinya telah meninggal dunia pada 6 Januari lalu selepas 582 hari hidup bersama sebagai suami isteri.

Walaupun sudah banyak perancangan yang dilakukan bersama isteri, namun dia reda dengan ketentuan daripada Allah S.W.T diatas pemergian yang langsung tidak disangka-sangka.

Advertisement

“Selamat jalan bidadariku. Terima kasih hadir dalam hidup papa (Amirul) selama 582 hari. 6 Januari 2025, papa kehilanganmu sayang. Kita sudah rancang macam-macam perkara tetapi ALLAH lebih sayangkan mama (Nur Izzaty Hafizah).

“Papa akan jaga amanah ALLAH yang ada ini… Muhammad Faleeq Haq (anak) tetap akan papa jaga, membesar dengan baik. Papa sayang mama sangat-sangat, nanti papa datang tengok mama. Doakan papa dan Faleeq ya,” luahnya lagi.

Difahamkan kematian mengejut isteri Amirul telah membawa kepada kewajiban untuk melakukan ‘post mortem’.

Jelas Amirul, bedah siasat keatas isterinya juga sudah dilakukan dan keputusan mendapati allahyarham mengalami jangkitan pada paru-paru tetapi tiada sebarang penyakit ataupun mengadu sedang berada dalam keadaan tidak sihat sebelum pemergiannya.

“Isteri wajib postmotem. Result post mortem doktor cakap, ada jangkitan paru-paru.

Advertisement

“Tapi arwah tak ada sakit apa. Tak ada mengaku sakit pun.

“Kami baru je sampai dari jalan-jalan Penang, Tak sangka itu pengakhiran jalan-jalan kami,” tulisnya.

@malaysianupdatenews Baru sahaja selesai susukan bayi, isteri pergi dijemput ilahi ketika tidur dalam pelukan suami #malaysianupdate #malaysianupdateofficial #malaysianupdatenews #fyp #viral #isteri #suamiistri ♬ bunyi asal – meknaa_lyrics

@malaysianupdatenews Anak baru 2 bulan semoga Amirul terus kuat dan tabah #malaysianupdate #malaysianupdateofficial #malaysianupdatenews #fyp #viral ♬ original sound – hyeejat

@malaysianupdatenews Sakitnya perpisahan nyawa #malaysianupdate #malaysianupdateofficial #malaysianupdatenews #fyp #viral #husbandwife ♬ original sound – ying nyl

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel