Connect with us

Hiburan

Pereka Fesyen Datuk Seri Vida Cedera Dipukul Jurugambar, Hutang Didakwa Jadi Punca

Pasangan pereka fesyen dikenali sebagai Razman dan Razmi yang juga merupakan pereka fesyen kepada usahawan, Datuk Seri Vida, cedera di muka selepas diserang jurugambar dalam kejadian di acara anugerah yang berlangsung di sebuah hotel.

Mereka tidak menyangka urusan jual beli kereta pada 2019 berakhir dengan episod berdarah apabila diserang seorang jurufoto.

Menurut Razman, individu tersebut pernah membeli sebuah Suzuki Swift daripada Razmi dengan harga RM20,000, namun selepas hampir dua minggu individu tersebut mengadu terdapat kerosakan dan meninggalkan kereta tersebut di tepi jalan.

“Kami mengenali dia yang kami anggap seperti adik sudah bertahun-tahun. Sebab itu kami jual kereta tersebut dengan harga yang jauh lebih murah daripada harga pasaran. Kami juga hantar kereta tersebut ke pusat servis dan cat baharu untuknya.

Advertisement

“Tetapi bila dia mula pakai kereta tersebut, saya lihat dia ‘henyak’ kereta tersebut naik bukit dan sebagainya. Kereta itu bukan Lamborghini. Kereta itu sudah berusia tujuh tahun.

“Dia telefon dan beritahu kereta tersebut rosak. Dia hanya meninggal kereta tersebut dengan meletakkan kunci di atas tayar. Kemudian saya yang uruskan proses ‘towing’ dan sebagainya. Apabila saya hidupkan enjin, rupanya kereta tersebut masih berfungsi.

“Selepas itu dia minta kami pulangkan semula RM20,000 secara tunai sedangkan dia juga membayar kereta tersebut secara ansuran kepada kami,” katanya lagi seperti dilapor Kosmo! Online.

Terdahulu dilaporkan ketika kejadian berlaku, pihak media sedang menemubual Vida sebelum Razman dan Razmi diserang jurugambar terbabit secara agresif dan memukul mereka dengan menggunakan kamera miliknya.

Razman dan Razmi kemudiannya mengalami luka yang teruk di bahagian pipi sebelum diberikan rawatan kecemasan oleh pihak penganjur.

Advertisement

Sementara itu Datuk Seri Vida mengakui dia trauma melihat kejadian sebegitu di depan matanya.

“Tak boleh nak bayangkan orang kena pukul itu, mereka yang kita kenal, duduk dengan kita. Memang tak boleh nak bayangkan,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

Tonton video penuh KLIK SINI

Sumber: Kosmo! Online, Harian Metro

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel