Connect with us

Hiburan

Andika Putera Akhiri Zaman Duda, Netizen Puji Penampilan Isteri Kelihatan Manis Dan Mempesona

Baru-baru ini pempengaruh media sosial iaitu Andika Putera mengumumkan khabar gembira apabila dia telah menamatkan zaman duda bersama wanita pilihan hatinya.

Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, Andika dilihat berkongsi saat-saat bahagia dia dan isteri yang anggun menggayakan busana serba putih pada majlis akad nikah serta majlis persandingan itu.

“Alhamdulillah ❤️.”- kapsyen ringkas Andika Putera di Instagram

Menerusi hantaran di Instagram, Andika atau nama penuhnya Muhamad Andika Putera memuat naik sebuah video majlis akad nikah dan majlis persandingan.

Advertisement

Pempengaruh berusia 27 tahun itu dan isterinya kelihatan segak dengan busana berwarna putih untuk kedua-dua majlis.

Rata-rata netizen terpegun dengan penampilan isteri baru Andika, yang kelihatan manis dan mempesona di atas pelamin. Ramai memuji kecantikannya yang terserlah ketika tersenyum.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh anak perempuan Andika iaitu Alisha Puteri.

Untuk info, Andika Putera sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Ananda Natasha yang juga seorang pempengaruh media sosial.

Walaubagaimanapun, mereka membuat keputusan untuk berpisah selepas empat tahun berkahwin.

Advertisement

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Alisha Puteri.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel