Connect with us

Terkini

Pemilik ‘Banglo Biru’ Terpaksa Berpindah Dan Bermalam Di Chalet

Baru-baru ini tular di media sosial, sebuah rumah banglo berwarna biru yang terletak ditepi laut di Terengganu berada dalam keadaan membimbangkan apabila tebingnya habis dihakis ombak.

Menerusi video yang tular, dapat dilihat terdapat beberapa bahagian rumah banglo itu seperti menunggu masa untuk runtuh sekiranya tiada sebarang tindakan dilakukan dan ini membimbangkan orang ramai.

Mereka juga takut sekiranya rumah banglo biru itu musnah disebabkan pukulan ombak yang kuat.

Terkini dilaporkan pemilik banglo biru yang terletak di Kampung Tanjung, Kuala Nerus itu terpaksa dipindahkan ke sebuah chalet berdekatan dengan rumahnya.

Advertisement

Pemilik ‘Banglo Biru’ yang dikenali sebagai Mohd Yazit Idris, 66, berkata dia diarahkan berpindah dan tinggal di chalet berkenaan kerana keadaan rumahnya yang belum disahkan selamat untuk dihuni, selain kerja menambak masih dijalankan.

Beliau berkata, fenomena air pasang telah mengakibatkan kerja-kerja menambak pantai di belakang rumahnya tergendala selama dua hari dan kerja kemudian beralih ke kawasan kubur yang teruk terhakis.

Katanya, angin kencang yang menyebabkan ombak besar menyukarkan kerja menambak laut untuk dilakukan dengan segera.

Yazit berkata, berdasarkan pandangannya, kerja menambat batu di kawasan rumahnya dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh dua hari lagi, namun ia bergantung kepada keadaan cuaca.

“Alhamdulillah, keadaan ombak hari ini tidak terlalu besar dan membolehkan kerja menambat bahagian hakisan dapat dilakukan oleh kontraktor pada hari ini.

Advertisement

“Keadaan air juga kini surut namun selagi belum tamat musim Monsun Timur Laut (MTL) situasi akan seperti sekarang dengan angin kencang dan ombak besar.

“Saya berterima kasih dengan hamba Allah yang sudi membantu menyewakan chalet untuk saya menginap yang memasuki malam ke lima semalam,” jelasnya lagi.

Yazit berharap agar kediamannya itu boleh diselamatkan dalam waktu terdekat kerana MTL dilihat masih ada sehingga dua bulan lebih.

Menurutnya dia akan pulang ke rumah sebaik hakisan yang ditambat itu sudah stabil. Malah warga emas ini berharap kerja-kerja menstabilkan struktur batu penghadang ombak masih akan dijalankan.

Katanya, meskipun jarak antara rumah dan laut ketika ini sangat dekat jika nak dibandingkan sebelum ini sejauh 100 meter, tetapi dia tetap akan bertahan untuk duduk di rumah terbabit.

Advertisement

“Fenomena air pasang mengakibatkan sebahagian batu yang ditambak kembali runtuh dan tenggelam.

“Harapan saya semoga angin dan ombak reda dan ia boleh mengurangkan impak hakisan yang teruk di kampung ini.”

Terdahulu Harian Metro melaporkan bahawa rumah banglo bernilai RM600,000 itu merupakan hadiah khas buat arwah isterinya.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel