Connect with us

Global

Saif Ali Khan Parah Ditikam 6 Kali Di Rumah Sendiri

MUMBAI- Pelakon terkenal Bollywood, Saif Ali Khan cedera ditikam perompak di rumahnya, malam tadi.

Aktor ternama itu terpaksa dikejarkan ke Hospital Lilavati, Mumbai kira-kira 3.30 pagi.

Menurut laporan Hindustan Times, kediaman pelakon yang juga merupakan suami kepada Kareena Kapoor itu dipecah masuk perompak kira-kira pukul 2.30 pagi (waktu tempatan) ketika dia sedang tidur bersama anak-anaknya, Taimur dan Jeh.

Sewaktu kejadian, Kareena tidak berada di rumah kerana keluar bersama kakaknya Karishma Kapoor dan pelakon, Sonam Kapoor.

Advertisement

Saif yang terdengar bunyi bising bangun dan berhadapan dengan perompak tersebut dan berlaku pergelutan antaranya dengan perompak terbabit.

Menurut Pegawai Eksekutif hospital berkenaan Niraj Uttamani, Saif mempunyai enam kecederaan di tubuhnya.

Dua daripada merupakan luka yang sangat dalam. Satu daripada kecederaan hampir dengan tulang belakang.

“Kami akan menjalankan pembedahan terhadapnya dan akan dilakukan beberapa orang doktor bedah termasuk doktor bedah kosmetik. Kami akan memberi maklum balas selepas pembedahan selesai dilakukan,” katanya.

Kejadian tersebut menggemparkan seluruh industri perfileman Bollywood dengan rata-rata netizen mempersoalkan tahap keselamatan rumah pelakon itu yang merupakan seorang bangsawan. – Agensi

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel