Connect with us

Jenayah

Tipu Umrah: Lapan Termasuk Pasangan Suami Isteri Direman Tiga Hari

KUALA LUMPUR (Bernama) — Lapan individu termasuk pasangan suami isteri pemilik syarikat pelancongan direman tiga hari bagi membantu siasatan kes penipuan umrah membabitkan kerugian RM2.1 juta.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata penahanan itu melibatkan enam lelaki dan dua wanita berusia antara 25 hingga 46 tahun untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Sebanyak lapan laporan polis telah diterima membabitkan 379 mangsa manakala premis syarikat terbabit ditutup sementara untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kontinjen Selangor menjalankan pemeriksaan di pejabat syarikat pelancongan berkenaan di Sepang, Selangor.

Advertisement

Pada petang hari yang sama, pengarah urusan syarikat terbabit melakukan sidang media di ibu negara sebelum keadaan bertukar kecoh apabila lelaki berkenaan ditahan bagi membantu siasatan susulan kegagalan syarikat itu menerbangkan lebih 300 jemaah umrah ke Tanah Suci.

Siasatan awal mendapati syarikat terbabit mula menjalankan perniagaan sejak 2022 dan beroperasi dari premis tiga tingkat di Sepang sejak Oktober tahun lepas.

Sumber: Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel