Connect with us

Jenayah

Polis Terengganu Tahan 3 Lelaki Untuk Bantu Siasatan Kes Pukul OKU

Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes pukul seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, pagi semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman DSP Wan Muhamad Wan Ja’afar berkata tiga lelaki terbabit termasuk seorang peniaga.

Katanya mereka yang ditahan itu berusia antara 18 hingga 60 tahun dan diberkas kira-kira jam 8 malam di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman, Chukai, ketika hadir memberi keterangan.

Menurut Wan Muhamad siasatan menyeluruh akan dijalankan dari semua aspek. Pada masa sama, katanya, polis berharap saksi kejadian tampil untuk membantu siasatan.

Advertisement

“Kami turut menasihatkan keluarga mangsa supaya lebih peka dan memantau mangsa dengan baik supaya kejadian sama tidak berulang,” katanya.

Semalam tular di laman sosial video sepanjang 1 minit 52 saat yang memaparkan seorang lelaki dipukul sebelum diheret oleh beberapa individu di Pasar Tani Padang Astaka Chukai.

Advertisement

Kejadian itu dipercayai berlaku selepas lelaki berusia 47 tahun itu – yang menunggang motosikal – terlanggar salah sebuah gerai sehingga menyebabkan barang jualan terjatuh.

– Bernama

Memetik laporan Majoriti, itu bukanlah kali pertama individu OKU itu terlibat dalam insiden melibatkan provokasi selepas pengguna media sosial, Iqbal Kaizen memuat naik rakaman video yang memberikan perspektif berbeza.

Rakaman itu menunjukkan lelaki OKU tersebut dipercayai menunjukkan isyarat lucah kepada orang ramai, sekali gus menceritakan bagaimana dia kerap bersikap sedemikian.

Jadi, tidak hairanlah insiden pada Jumaat itu berlaku dengan terdapat kemungkinan besar dia melakukan provokasi sehingga mencetuskan rasa kurang senang daripada orang ramai.

Advertisement

“Orang Kemaman baik-baik, tapi kalau sampai tahap ini, mesti ada sebab.

“Tindakan memukul itu salah, tapi provokasi melampau membuatkan mereka hilang kawalan emosi.

“Yang paling salah dalam situasi ini adalah keluarganya. Sudah tahu ada ahli keluarga yang boleh bersikap tidak terkawal, boleh lagi benarkan tunggang motosikal sehingga membahayakan orang rami,” katanya.

Sementara itu Sinar Harian melaporkan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menawarkan khidmat peguam secara percuma kepada seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang terlibat dengan kejadian pukul di Kemaman, Terengganu pada Jumaat.

Advertisement

Menurutnya, beliau telah mengarahkan Exco Pemuda UMNO dan Peguam Pemuda UMNO untuk membantu serta mencari lelaki tersebut di Terengganu dalam masa terdekat.

“Kita nak pastikan mereka yang buat perkara tak ada hati perut ini dikenakan tindakan undang-undang setimpal mungkin. Pemuda UMNO, kita sudah beri komitmen.

“Kita akan mengupah peguam untuk bantu abang ini dan pastikan mereka yang terlibat, saya kira bukan tiga orang malah lebih akan dihadapkan ke mahkamah serta dihukum setimpalnya.

“Kalau kamu anak jantan, kita jumpa dekat mahkamah,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Memetik Mstar, Mangsa, Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 47, yang kini sedang dirawat di Hospital Kemaman mengalami kecederaan akibat diserang di Pasar Tani Taman Astaka, Chukai, Terengganu.

Advertisement

“REHATLAH abah. Dunia terlalu kejam untukmu.”

Itu ungkapan penuh emosi Farhana, anak perempuan kepada lelaki orang kurang upaya (OKU) yang tular kerana dibelasah dengan kejam oleh orang awam pada Jumaat lalu.

Sementara itu Berita Harian melaporkan, Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja’afar berkata, lelaki berusia lingkungan 30-an telah ditahan ketika hadir untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman kira-kira pukul 11.30 malam Sabtu.

“Lelaki tersebut ditahan selepas hadir memberi keterangan di IPD Kemaman malam tadi (Sabtu),” katanya.

Wan Muhamad berkata, sebelum ini tiga lelaki berusia 18 hingga 60 tahun ditahan pada hari kejadian bagi membantu siasatan.

Advertisement

“Pihak kami turut memanggil seberapa saksi lain untuk diambil keterangan termasuk ahli keluarga mangsa.

“Kita akan jalankan siasatan secara menyeluruh dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel