Artis Uya Kuya dan isterinya, Astrid Kuya, menjadi bualan netizen selepas didakwa membuat kandungan video di hadapan harta benda mangsa kebakaran di Los Angeles, California, Amerika Syarikat.
Pasangan itu dihujani pelbagai komen selepas tular video itu di TikTok apabila pemilik rumah mempersoalkan Uya Kuya dan kumpulannya yang membuat konten di hadapan rumahnya.
“Siapa awak? Siapa awak? Berhenti, siapa awak?” soal pemilik rumah.
“Kami dari Indonesia. Kami ada keluarga di sini,” kata kumpulan Uya Kuya.
“Ini harta saya, bolehkah kamu pergi, maaf, ini tidak masuk akal,” kata pemilik rumah itu lagi.
Carolina Ramirez kemudian meluahkan kekecewaannya melalui video. Dia merakamkan detik Uya Kuya bersama Astrid dan dua orang yang juga warga Indonesia berbual di hadapan sebuah rumah.
Beliau juga berkata, kumpulan dari Indonesia itu merupakan orang kedua mencipta kandungan di hadapan rumahnya selepas YouTuber The Royalty Family.
“Serius, ini menjengkelkan. Semalam ia adalah The Royalty Family, dan kini mereka ini,” katanya.
“Mereka nampaknya langsung tidak menghormati kehilangan kami. Ini sangat menyedihkan. Sedih betul orang buat macam ni,” katanya lagi.
Ramirez juga menuduh kumpulan Uya Kuya cuba mengambil kesempatan daripada kesedihannya untuk mencipta koten.
Malah dia berkata mungkin perlu untuk memasang rantai dan kunci di hadapan rumah supaya tidak dimasuki orang ramai.
“Sekurang-kurangnya kita harus meletakkan rantai dan kunci kerana orang ramai memasuki harta kita seolah-olah ia milik mereka,” katanya.
Sumber: CNN Indonesia
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI