Melalui platform media sosial, baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang jurugambar menolak pengantin lelaki masuk ke dalam parit sewaktu sedang menjalankan sesi pengambaran.
Dapat dilihat raut wajah pengantin lelaki itu terkejut apabila dirinya ditolak masuk ke dalam parit, lagi-lagi baju yang dipakai merupakan baju pengantin yang disewa di sebuah butik.
Tindakan jurugambar tersebut telah mendatangkan rasa kurang dikalangan netizen, di mana rata-ratanya berkata baju songket seperti itu susah untuk dibasuh.
“Kenapa abang cameraman buat macam tu. tu baju saya…rosak la tanjak basah gitu.. tanjak tak boleh kena air… aksesori tak boleh kena air. aksesori semua tu…Allahu.”
Sedar mengenai kesilapan diri, jurugambar terbabit tampil memohon maaf kepada pemilik busana tersebut dengan menghantar mesej peribadi akan membetulkan keadaan.
Saya minta maaf atas kecuaian saya. Nanti kami akan bayar lepas semua okay dan bincang.
Jurugambar tersebut turut berkata akan ‘counter back’ semula dengan mengatakan ia untuk mempromosikan kedai butik pengantin itu.
Lebih memeningkan pemilik busana tersebut kerana ada pengantin lain yang sudah menyewa baju berkenaan untuk dipakai di majlis persandingan pada minggu seterusnya.
Sumber: Beautiful Nara
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI