Baru-baru ini viral di media sosial video seorang bapa yang menggendong anaknya bernama Santi yang bakal melahirkan anak.
Bapa tersebut dan Santi terpaksa berjalan kaki dari kampung tempat tinggal mereka menuju ke klinik di Binjai, Sumatera Utara.
Disebabkan mengalami pendarahan dan sarat mengandung, Santi terpaksa berjalan ditemani bapanya.
Sementara itu, keberadaan suami Santi tidak diketahui.
Kisah Santi dan bapanya juga menyentuh hati netizen selepas dikongsikan oleh doktor yang membantu proses kelahiran menerusi akaun Instagram doktor tersebut.
Dalam video yang dikongsinya, doktor tersebut menunjukkan detik-detik seorang lelaki separuh umur kelihatan cemas menunggu sesuatu.
Rupa-rupanya lelaki separuh umur itu sedang menunggu puterinya yang sedang bertarung nyawa melahirkan anak tanpa ditemani suaminya di klinik itu.
Namu n apa yang lebih menyayat hati, kedua-dua mereka difahamkan pergi ke klinik itu dengan berjalan kaki dari kampung mereka kerana masalah kekangan kewangan yang dihadapi.
Ini merupakan kelahiran keempat Santi pada usia 20 tahun, dengan tiga anak kecil yang kini dijaga oleh ibu mereka di kampung halaman.
Lebih menyedihkan, Santi hanya bersalin ditemani bapanya kerana tidak diketahui keberadaan suaminya.
“Santi berjalan dalam keadaan berdarah dari rumahnya di sebuah kampung yang sangat jauh…”
“Dia berjalan bersama ayahnya yang sudah tua… manakala ibunya menjaga 3 orang anak kecilnya di rumah…
Suaminya entah kemana…”
“Mereka tidak mempunyai wang untuk membayar teksi motosikal atau menyewa kereta sehingga terpaksa berjalan kaki walaupun mengalami pendarahan dan sarat mengandung,” jelas doktor itu lagi.
Mujur di tengah perjalanan, Santi dan bapanya dibantu oleh seseorang yang ditemui dijalan dan membantu memudahkan mereka berdua menaiki kenderaan ke klinik.
“Nasib baik mereka bertemu dengan orang baik yang memberi mereka tumpang di pertengan jalab, supaya mereka boleh menaiki kenderaan ke klinik Doa Ibu Persada.
“Dia masih 20 tahun, tetapi dia sudah mengandung anak ke-4 dan mempunyai sejarah 3 kali pembedahan,” tambah doktor itu.
Kata doktor, dia turut membantu kelahiran pertama Santi melalui pembedahan cesarean ketika gadis itu berusia 14 tahun.
“Saya masih ingat ketika pertama kali bertemu dan melakukan pembedahan, dia baru berusia 14 tahun ketika itu.
Santi adalah salah satu contoh wanita yang kurang bernasib baik di sekeliling kita… wanita dengan pelbagai kisah sedih yang mungkin berbeza…
Bercerita membuatkan saya sedih… tapi mungkin begitulah kehidupan…
Kawan-kawan, maaf jika ini dianggap salah atau berlebihan, tetapi jika ada di antara anda mempunyai pakaian bayi dan kanak-kanak yang sesuai, makanan untuk kesihatan, atau apa-apa yang berguna.
Kami berbesar hati untuk membantu menyalurkannya kepada Santi dan mereka yang memerlukannya.
“Kami tidak menerima sumbangan dalam bentuk wang, kerana dikhuatiri akan menimbulkan masalah,” jelas doktor itu.
Selepas proses bersalin berjalan lancar, doktor itu dilihat keluar untuk menemui ayah Santi dan memeluknya untuk memberi ucapan tahniah dan juga kata-kata semangat.
Sumber: Tribbun Medan
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI