Connect with us

Global

Bintang ‘Filem Dewasa’ Dedah Jumlah Gaji Diterima Sebulan

Pencipta kandungan dari negara seberang baru-baru ini mengejutkan netizen di media sosial selepas memuat naik video kerjasama dengan seorang pelakon filem dewasa di sebuah bilik hotel.

Dia dan pelakon itu kelihatan sedondon dalam pakaian bertema hitam putih. Dalam video pertama, dia meminta netizen memeriahkan sesi QnA dengan menulis soalan kepada pelakon tersebut di ruangan komen.

Sementara itu, video seterusnya menunjukkan mereka berdua menari santai. Terdapat empat video yang dimuat naik olehnya di Instagram, semuanya kelihatan seperti ingin mengundang perdebatan netizen.

Advertisement

“Saat sebelum diserbu,” tulis pencipta kandungan dari Medan itu. Ruangan komen posting tersebut mendapat ribuan komen daripada netizen.

Setelah video tersebut viral, ramai yang mula ingin tahu dengan lebih lanjut tentang pelakon filem dewasa itu dan mereka mula menyelongkar laman media sosialnya. Dia menjadi tumouan kerana sering memuat naik foto-foto seksi yang menunjukkan bentuk tubuhnya.

Berikut adalah ulasan profil pelakon filem dewasa yang dikenali sebagai Msbreewc dan juga kontroversinya.

Nama sebenarnya Bree Wales Covington, Msbreewc berketurunan Cina dan dilahirkan di Jakarta pada tahun 2001. Wanita yang biasa dipanggil Cici ini pernah menetap di Australia dan bersekolah tadika di sana.

Mcbreewc menghabiskan masa sekolah rendah hingga menengah di Indonesia, tetapi akhirnya memilih homeschooling kerana dia sering buli di sekolah. Dia kemudian belajar di Singapura untuk ijazah sarjana dan tinggal di sana.

Advertisement

Msbreewc juga diketahui telah berkahwin dengan lelaki Singapura, tetapi dia jarang mendedahkan kehidupan peribadinya.

Pendapatan mencecah IDR 4 bilion rupiah sebulan

Terkenal sebagai pencipta kandungan dewasa, Msbreewc pernah mendedahkan jumlah pendapatan yang diperolehnya dalam sebulan daripada penjualan videonya. Melalui akaun X miliknya, Msbreewc mendakwa mampu memperoleh pendapatan sehingga IDR 4 bilion sebulan. Namun, setiap bulan dia hanya membelanjakan IDR 20 juta daripada akaunnya.

Walaupun mempunyai pendapatan yang lumayan, wanita berusia 23 tahun itu tidak menasihatkan orang lain untuk mengikut jejaknya jika mereka tidak kuat dari segi mental.

Kontroversi Msbreewc

Advertisement

Bekerja sebagai pencipta kandungan filem dewasa yang aktif menjual kandungan seperti itu bermakna Msbreewc sering menerima komen yang tidak menyenangkan.

Dia sering memuat naik kandungan dewasa ke laman peribadinya untuk dijual. Ini agak mengganggu ramai orang, terutamanya jika kandungan itu dilihat oleh kanak-kanak di bawah umur.

Lebih-lebih lagi, selepas netizen mengetahui Msbreewc sudah berkahwin, ramai yang tidak menyangka dan mempersoalkan sikap suaminya yang sanggup membiarkan isterinya terus mencipta kandungan seperti itu.

Sumber: Suara.com

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel