Connect with us

Jenayah

Tukang Rumah Dipenjara Lima Bulan, Denda RM2,000 Ugut Keluarga Harith Iskander

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) — Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima bulan dan denda RM2,000 ke atas seorang tukang rumah selepas dia mengaku bersalah menghantar kata-kata ugutan jenayah terhadap keluarga pelawak dan pelakon Harith Iskander.

Majistret S. Mageswary menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, 31, dan memerintahkan hukuman penjara bermula daripada tarikh tangkap pada 24 Jan dan juga mengarahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara sebulan jika gagal membayar denda.

Tertuduh didakwa telah menghantar Whatsapp berserta gambar yang mengandungi kata-kata ugutan yang bermaksud lelaki itu akan melakukan jenayah rogol dan bunuh, yang Whatsapp tersebut diterima oleh bekas isteri pelawak itu Dr Jezamine Lim dan perbuatannya itu telah menakutkan secara jenayah kepada mangsa.

Kandungan Whatsapp itu kemudian dibaca Dr Jezamine di sebuah restoran di sini pada 8.50 pagi, 23 Jan.

Advertisement

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Mageswary bertanya kepada lelaki itu adakah dia yang melakukan kesalahan itu.

Tertuduh menjawab; “Ya dan niat saya hanya ingin mainkan perasaan Harith Iskander sahaja. Saya tiada maksud yang lain. Ini adalah kesalahan pertama saya dan saya sangat kesal”.

Peguam Qurratu Aini Zafirah Mat Shoib daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili tertuduh memohon hukuman rendah atas alasan anak guamnya menanggung keluarga.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sabri Othman memohon hukuman berat sebagai pengajaran kepada lelaki itu, kerana perkataan yang digunakannya akan mendatangkan bencana kepada anak perempuan Harith Iskander dan Dr Jazemine.

Advertisement

“Alasan bahawa tertuduh masih muda dan kesalahan pertama adalah tidak wajar hukuman pemenjaraan tidak dikenakan kepada tertuduh. Alasan yang digunakan bahawa dia hanya ingin mainkan perasaan Harith Iskander adalah tidak wajar sama sekali,” katanya.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, Dr Jazemine telah dimaklumkan oleh seorang kakitangannya bahawa telefon bimbit syarikat pengadu (Dr Jazemine) menerima mesej berunsur ugutan jenayah rogol, bunuh berserta dengan gambar anak-anak pengadu daripada satu nombor yang tidak dikenali.

Bimbang keselamatan diri dan keluarga, pengadu kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Hasil siasatan polis mendapati, nombor telefon kepunyaan tertuduh bersepadanan dengan nombor telefon Whatsapp yang diterima mangsa.

Kandungan mesej tersebut pada awalnya ada di dalam telefon bimbit lelaki itu tetapi dia telah memadamkannya.

Advertisement

Perkataan yang digunakan tertuduh juga jelas menunjukkan dia faham apa yang dimaksudkan sebagai perkataan yang mengugut untuk mendatangkan bencana atau bahaya bagi jenayah rogol dan bunuh kepada anak-anak pengadu dan Harith Iskander, dengan niat untuk mencetus ketakutan atau kegentaran kepada pengadu serta pelawak itu.

Sumber: BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel