BANDUNG: Pempengaruh Malaysia, Ammar Mohd Nazhan dan Aras pada Jumaat, tampil membuat permohonan maaf berhubung penghasilan kandungan media sosial mendakwa kehilangan teman mereka di sebuah hutan di Kota Bandung, Indonesia baru-baru ini.
Mereka juga dalam satu kenyataan yang dilaporkan oleh KumparanNews, melahirkan rasa kesal kerana telah menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak.
“Kami ingin memohon maaf atas apa yang berlaku dan kami berjanji tidak akan mengulangi lagi,” kata mereka menerusi video yang diterima kumparanNEWS.
Dalam pada itu mereka juga telah menulis surat kepada polis bagi memeterai permohonan maaf serta mengaku bahawa kandungan yang mereka hasilkan itu hanyalah lakonan semata-mata.
Sebelum ini, Ketua Polis Panyileukan, Pesuruhjaya Kurnia berkata, berdasarkan keterangan kepada polis, pempengaruh terbabit memberitahu mereka membuat siaran langsung di Bukit Embah Garut RT 05, RW 09, Kelurahan Cisurupan, Kecamatan Cibiru, Kota Bandung pada Ahad lalu menerusi TikTok dengan cerita sensasi ‘pempengaruh Malaysia (gadis) hilang selama 48 jam ketika membuat kandungan mengenai aktiviti paranormal’.
“Kandungan sensasi itu dibuat semata-mata untuk meningkatkan jumlah tontonan dan pengikut. Mereka tidak sedar bahawa undang-undang Indonesia mengenakan hukuman tegas terhadap penyebar berita palsu.
“Kandungan yang mereka buat juga tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa, meskipun sudah diberi kelulusan oleh pengurus wilayah setempat,” katanya seperti dilaporkan portal itu.
Mengikut Undang-Undang Nombor 11 Tahun 2008 berkenaan Informasi dan Transaksi Elektronik (Pasal 14), mereka yang didapati bersalah menyiar dan menyebarkan berita palsu boleh dikenakan penjara maksimum 10 tahun dan denda maksimum sebanyak 1 bilion rupiah (RM272,000).
Menurut laporan media Indonesia, polis turut menyatakan kandungan yang dihasilkan juga tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa meskipun sudah diberi kelulusan oleh pengurus wilayah setempat.
Katanya, siaran langsung di Bukit Embah Gatur, Kota Bandung pada Ahad lalu menerusi TikTok dengan cerita sensasi ‘pempengaruh Malaysia bernama Eykaa hIlang selama 48 jam selepas membuat kandungan paranormal, ternyata hanya untuk meningkatkan jumlah tontonan dan pengikut.
Sumber: Sinar Harian
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI