Connect with us

Terkini

Pempengaruh Tinggi Luar Biasa, Meninggal Dunia Selepas Seminggu Bergelar Pengantin Baharu

Baru sahaja seminggu bergelar pengantin baharu, seorang pempengaruh wanita yang mempunyai ketingian luar biasa dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat mengalami sesak nafas.

Pempengaruh wanita itu, Nur Syahirah, 28, yang lebih dikenali sebagai SchaYang yang mempunyai pengikut seramai 86,200 di TikTok meninggal dunia kira-kira jam 11 malam.

“Mohon sedekahkan al-Fatihah dan maafkan segala salah silap Scha. Kalau ada Scha berhutang, mohon bagi tahu atau halalkan,” maklum adiknya yang dikenali sebagai Wani menerusi satu hantaran di media sosial.

Terdahulu Allahyarham Scha yang mempunyai ketinggian 186 sentimeter (cm) baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan seorang jejaka yang dikenali sebagai Syahmi yang memiliki ketingian 195 cm.

Advertisement

Sementara itu memetik laporan Harian Metro, Nur Syazwani Najihah yang juga adik kepada pempengaruh wanita, Nur Syahirah, terkejut dengan pemergian kakaknya kerana sebelum itu mereka sedang berbual dan bergurau senda di ruang tamu rumah di Kampung Pengkalan Datu di sini.

“Dalam tempoh seminggu ini keluarga berada dalam gembira kerana kakak bertemu jodoh dengan pasangan yang serasi dan mempunyai ketinggian lebih darinya pada 30 Januari lalu.

“Namun, malam tadi keluarga bersedih selepas kakak meninggal dunia akibat sesak nafas kerana mempunyai penyakit jantung,” kata Nur Syazwani Najihah Saufi, 18.

“Ketika berbual kakak kata sakit dada dan dia sempat menggosok bahagian itu sebelum pengsan di atas riba saya.

“Kami cuba membantu di samping menghubungi ambulans untuk membawa kakak ke hospital, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan yang hadir,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Advertisement

“Jenazah kakak dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sering selepas solat Jumaat hari ini,” katanya yang turut mempunyai sakit jantung.

Menurutnya, mereka empat beradik termasuk kakak diagnosis mengidap sindrom marfan yang diwarisi daripada ibu mereka, Rahimah Yunoh, 53, yang berketinggian 171 sentimeter (cm).

Abangnya, Muhammad Saiful Hakimi, 31, yang menetap di Kampung Pengkalan Datu, Kota Bharu, seringkali mendapat perhatian umum susulan keadaan fizikalnya yang berketinggian 195 cm.

Selain itu, adik mereka, Nur Syasya Nazifa, 14, dan Nur Syazwani Najihah, 18, mempunyai kelainan genetik yang diwarisi daripada ibu mereka.

Katanya adiknya lagi, mereka sekeluarga kini mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Advertisement

Sumber: Harian Metro

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel