Connect with us

Hiburan

Syafiq Kyle & Mimi Lana kini sah bergelar suami isteri

Pelakon drama bersiri Astro Originals yang menjadi fenomene, One Cent Thief, Syafiq Kyle kini selamat bergelar suami kepada aktres, Mimi Lana.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Syafiq dan Mimi menerusi hantaran di platform Instagram mereka dan Astro Gempak sebentar tadi.

Syafiq dan Mimi yang menyarungkan busana berwarna putih kelihatan begitu berseri sekali.

Sama cantik sama padan, tahniah diucapkan kepada mempelai.

Advertisement

Sebelum ini, Syafiq Kyle seakan memberi bayangan hubungan cinta bersama aktres jelita, Mimi Lana kembali berputik.

Menerusi temu bual bersama Era pada 15 Ogos 2024, Syafiq menjawab pertanyaan penyampai radio, Azad Jasmin yang bertanya sekiranya dia sudah ‘menakluk’ hati bekas kekasihnya itu.

Meskipun seakan bergurau, namun Syafiq secara terbuka menyatakan dia kini sedang menunggu keizinan daripada Mimi dipercayai dalam meneruskan hubungan mereka.

Terdahulu, pengurus Syafiq dan Mimi Lana Iman Tang memaklumkan hubungan kedua-dua selebriti itu sehingga kini masih berkawan.

Jelas Iman Tang, dia menjadi saksi persahabatan antara Syafiq dan Mimi tetap utuh meskipun pernah merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada 18 Ogos 2023. – Gempak

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel