Friday, December 05, 2025

Tular Imam Buat ‘Live’ Di TikTok Ketika Solat Tarawih

March 3, 2025
1 min read

JAKARTA – Seorang imam di Indonesia menerima kecaman ramai selepas mengimamkan solat tarawih sambil melakukan penstriman ‘live’ di platform TikTok, lapor portal berita Abatanews semalam.

Rakaman dimuat naik di media sosial memaparkan orang ramai memenuhi ruang masjid untuk menunaikan solat tarawih secara berjemaah.

Situasi menjadi aneh apabila imam itu membuat siaran langsung sambil memimpin solat tarawih serta turut menerima pelbagai jenis animasi ‘GIF’.

Siaran langsung itu menerima 6,000 tontonan dengan rata-rata netizen mengkritik perbuatan imam tersebut kerana boleh menghilangkan khusyuk dan membatalkan solat.

“Baru hari pertama puasa, sudah ada manusia yang pelik,” kata seorang netizen.

“Adakah 6,000 penonton itu tidak pergi solat tarawih?” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI/KOSMO

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

HANGAT MINGGU INI

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,

Kes Lemas Taman Prima Saujana: Adik Meninggal Dunia Di Hospital, Abang Masih Hilang – Polis

KAJANG – Seorang kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dan dihanyutkan