Sebelum ini kecoh isu membabitkan dua anggota asal kumpulan IKLIM iaitu Umarul dan Mohalim yang disingkirkan.
Selepas itu Mohalim yang juga ketua kumpulan Iklim bertindak mengumumkan pembubaran terus kumpulan tersebut.
Memetik laporan Astro AWANI, Mohalim yang juga pemain bass dan juga ketua kumpulan yang pernah popular dengan ‘Suci Dalam Debu’ itu menjelaskan bahawa penyingkiran mereka dibuat oleh dua anggota IKLIM yang lain tanpa persetujuan dan sebarang perbincangan bersamanya dan Umarul.
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan, selain ia bukanlah direstui oleh kedua-dua mereka.
“Kama dan Zali tidak pernah hadir berbincang tentang sebarang perkara membabitkan sebarang hasrat untuk memecat mereka sebelum ini, dan keputusan tersebut dibuat di luar pengetahuan kami berdua.
“Malah saya selaku ketua kumpulan IKLIM seharusnya diberitahu tentang hal ini, namun mereka menafikan semua itu dan bertindak mengikut kehendak mereka sahaja,” kata Mohalim dengan nada kesal.
Mohalim menjelaskan ketika kali terakhir mereka bertemu sebelum ini juga tidak timbul sebarang isu atau perbincangan membabitkan hasrat untuk menyingkirkan mereka.
“Jika faktor kesihatan dijadikan sebab kepada penyingkiran ini, ia sepatutnya dibincangkan atau dimaklumkan, sedangkan saya dan Umarul sebenarnya masih lagi bergiat aktif.
“Malangnya mereka membelakangi kami selaku anggota asal dan ketua kepada kumpulan ini, dan kami telah banyak menyumbang kepada IKLIM sejak ia ditubuhkan sekian lama.
“Justeru, keputusan sendiri yang dibuat oleh mereka berdua sangat dikesali dan tidak sepatutnya berlaku,” jelas Mohalim lagi.
Sementara itu memetik laporan Harian Metro, pemain gitar Iklim sejak penubuhannya pada 1989, Umarul tampil mengesahkan pembubaran Iklim seperti diumumkan oleh pengasas serta ketua kumpulan, Mohalim.
“Anggota yang tinggal kenalah guna nama lain. Boleh jika nak nyanyikan lagu Iklim tapi bukan dari kumpulan Iklim sendiri. Tak mungkin ada Iklim yang lain.
“Tapi ahli-ahlinya secara individu boleh menggunakan nama Iklim contohnya Mohalim Iklim. Nama Iklim itu sendiri dah tak wujud,” katanya
Sumber: Astro AWANI & Harian Metro
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI