Berita kematian seorang wanita warga Jepun dipercayai terjatuh daripada tingkat empat sebuah kondominium di SS16, Subang Jaya Jumaat lepas, yang juga merupakan isteri usahawan dan pempengaruh media sosial Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau lebih dikenali Ridzokumura mengejutkan ramai pihak.
Semalam pihak polis telah mengesahkan identiti wanita warga Jepun yang ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari sebuah kondominium di SS16 adalah isteri kepada Ridzokumura iaitu Akiko Okumura.
Ridzokumura akhirnya tampil menceritakan kisah sebenar pemergian isterinya, Akiko menerusi sesi siaran langsung di TikTok miliknya.
Ridzokumura menjelaskan pada malam kejadian, dia telah keluar untuk makan bersama rakannya selepas melakukan video TikTok bersama isterinya, Akiko Okumura.
Selepas pulang ke rumah, dia menyedari rumah sudah berada dalam keadaan bersih dan kelihatan isterinya sudah tidur di bilik tetamu.
“Lepas masuk bilik utama, abang cuba tidurkan Sky (anak lelaki) dalam pukul 11 ke 12 lebih macam tu.
“Lepas Sky dah tidur, abang ada terdengar dekat luar, bunyi macam dentuman, tapi sebab rumah abang dekat tepi highway. Jadi bila benda macam ni berlaku abang akan terus cakap ‘honey..honey come we see’.
“Pada malam tu, abang takda rasa macam nak panggil bini abang ke apa, takda langsung,” katanya lagi.
Ridzokumura memberitahu disebabkan penat dia terus tidur pada malam berkenaan.
Pada keesokan pagi, dia berasa curiga selepas mendapati tiada sarapan pagi disediakan di atas meja oleh isterinya.
“Kenapa takda breakfest? Abang dah rasa tak sedap hati. Jadi, abang pergi ke bilik sebelah, abang tengok jendela dah terbuka. Jadi, hati abang jadi lagi luluh,” katanya.
Disebabkan dari bilik berkenaan tidak boleh melihat pandangan ke bawah, dia bergegas lari menuju ke bilik utama untuk melihat ke bawah.
Luluh hati seorang suami mendapati bahawa isterinya berada di bawah.
“Daripada bilik utama tu, abang panjat, abang tengok dekat bawah. Abang nampak arwah dah jatuh dekat bawah,” ujarnya sambil menahan sebak.
Ridzokumura juga menjelaskan arwah sebenarnya terjatuh dari tingkat empat rumahnya dengan keadaan tubuh badan meniarap atas tanah sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Arwah jatuh atas tanah bukan batu, dia jatuh dari tingkat empat. Saya turun ke bawah dan cuba kejutkan dia, namun dia tak sedarkan diri.”
“Saya panggil security guard dan minta telefon polis serta ambulan. Saya tak berani alihkan mukanya.”
“Saya kemudian lari naik ke rumah untuk ambil tuala untuk tutup bahagian yang terdedah kerana dia pakai baju tidur waktu itu.”
“Ambulan sampai dan terus periksa keadaan isteri, petugas perubatan beritahu isteri saya sudah tiada lagi (meninggal dunia).”
Ridzokumura menjelaskan dia tidak tahu bagaimana isterinya boleh terjatuh kerana ketika kejadian dia sedang tidur.
“Isteri saya jenis suka mengemas rumah, saya tidak tahu sama ada dia mungkin terjatuh ketika sedang mengemas.”
“Saya tidak tahu bagaimana dia boleh jatuh dan ketika insiden itu terjadi saya sudah tidur.”
Terdahulu Ridzokumura menerusi hantaran di Instagram memaklumkan isterinya, Akiko Okumura, telah meninggal dunia namun tidak mendedahkan punca kematian.
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI
