Baru-baru ini tular di media sosial negara jiran iaitu Indonesia memaparkan solat sunat tarawih 20 rakaat yang dilakukan hanya dalam tempoh masa 10 minit sahaja.
Penyelia Pondok Pasentren Mambaul Hikam, KH Dliya’uddin Azzamzami Zubaidi mendakwa bahawa solat sunat tarawih sepantas kilat itu sama sekali tidak melanggar peraturan solat.
KH Dliya’uddin Azzamzami Zubaidi berkata, solat tarawih tersebut sudah menjadi tradisi sekolah pondok itu sejak lebih seabad lalu.
Difahamkan solat sunat tarawih itu dilakukan di Sekolah Pondok Mambaul Hikam, Kota Blitar, wilayah Jawa Timur pada Ahad lalu.
“Dahulu, ramai orang bekerja dari pagi sampai petang. Ketika malam, mereka tidak larat untuk menunaikan solat tarawih dengan rakaat lama.
“Akhirnya, pengasas dahulu mencari penyelesaian dengan melakukan solat tarawih dengan cepat,” jelasnya lagi.
Menurutnya lagi, solat sunat tarawih yang dilakukan dengan sangat cepat itu tidak melanggar peraturan solat.
“Kami membaca surah Al Fatihah dengan lengkap, membaca surah-surah dan ada tamakninah,” jelas KH Dliya’uddin.
Terdahulu menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram, jemaah dilihat mengikuti imam menunaikan solat tarawih termasuk witir tiga rakaat yang berlangsung tidak sampai 10 minit.
Dapat dilihat jemaah-jemaah berkenaan rukuk, sujud, duduk di antara dua sujud dengan begitu pantas mengikuti imam.
Difahamkan lagi, solat sunat tarawih sepantas kilat ini bukan hanya berlaku di Kota Blitar, sebaliknya ada beberapa kawasan lain di republik itu yang turut melakukannya seperti di Masjid Nurul Iman, Desa Janti, Jogoroto, Jombang.
Menurut laporan Jatim News, tradisi solat tarawih kilat di Masjid Nurul Iman hanya mengambil masa selama 7 hingga 10 minit sahaja untuk 23 rakaat tarawih dan juga termasuk witir.
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI
