Nasib penyanyi dikir barat Kelantan, Eda Ezrin atau Wan Norsahidah Azlin Wan Ismail, suami serta empat rakannya akhirnya diketahui hari ini.
Menurut laporan Sinar Harian, Eda, suami dan empat rakan mereka didapati bebas memiliki pil kuda.
Bagaimanapun Eda Ezrin dan suaminya, Mohd. Affendi Ahmad, 35, bersama, Eridieka Mohd. Noor, 33, Mohamad Alif Deraman, 33, Nur Aida Mamat, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26, dihukum penjara enam bulan dan denda 4,000 bath (RM526) selepas mereka semua mengaku bersalah atas tuduhan mengambil pil kuda.
Oleh kerana mereka telah ditahan hampir empat bulan dan berkelakuan baik, mahkamah mempertimbangkan tempoh tahanan tersebut dan membenarkan pembebasan lebih awal selepas denda dibayar.
Bagi kesalahan memasuki Thailand dan tinggal tanpa dokumen sah, mahkamah menetapkan denda 4,000 bath ke atas pasangan Erdeka dan Zuhaira.
Terdahulu kesemua mereka telah dibawa menaiki trak penjara dan tiba jam 9.10 pagi (waktu Thailand) di Mahkamah untuk keputusan berhubung dua pertuduhan yang dihadapi empat individu termasuk Eda Ezrin.
Mereka kemudian dilihat menangis dan berpelukan di kandang tertuduh sebaik sahaja hakim memutuskan keputusan untuk membebaskan mereka.