Connect with us

Mahkamah

Bunuh: Penganggur Minta Hukuman M*ti Dikekalkan Jika Rayuan Ditolak

PUTRAJAYA – Seorang penganggur memohon kepada Mahkamah Rayuan untuk mengekalkan hukuman mati terhadapnya atas kesalahan membunuh seorang juruteknologi pergigian tujuh tahun lalu, sekiranya panel hakim menolak rayuannya terhadap sabitan tersebut.

Permintaan itu dibuat oleh perayu, Abdul Malik Rosli, 27, menerusi peguam dilantik mahkamah, S Karthigesan, semasa mitigasi selepas Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis menggantikan hukuman mati itu dengan penjara 30 tahun.

Panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin turut menjatuhkan hukuman sebatan 12 rotan ke atas Abdul Malik.

Karthigesan, yang mewakili Abdul Malik, mengesahkan keputusan mahkamah kepada Bernama.

Advertisement

Beliau berkata, mahkamah juga mengarahkan agar Abdul Malik menjalani hukuman penjara bermula pada tarikh tangkapan pada 31 Januari 2018.

Beliau berkata, mahkamah memutuskan bahawa kes Abdul Malik tidak termasuk dalam kategori ‘teramat jarang berlaku’ yang membolehkan beliau dijatuhi hukuman mati.

Karthigesan berkata, beliau juga telah memaklumkan kepada mahkamah semasa mitigasi bahawa beliau menerima arahan daripada anak guamnya untuk memohon agar hukuman mati dikekalkan sekiranya rayuan terhadap sabitan beliau ditolak.

Abdul Malik didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Seremban pada Oktober 2022 kerana membunuh Mahussin Abdul Rahim, 28, di tingkat empat kuarters klinik kesihatan Lukut di Port Dickson pada jam 1.40 pagi, 19 Januari 2018.

Mayat Mahussin ditemui oleh rakannya 72 jam selepas beliau dilaporkan hilang apabila gagal hadir ke tempat kerja pada 22 Januari 2018.

Advertisement

Abdul Malik masih mempunyai satu peluang lagi untuk mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Rafidah Zainuddin mewakili pihak pendakwaan. – Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel