Wednesday, December 10, 2025

Pemandu Honda Civic Rempuh Veteran Komando & Anak Disahkan Miliki Kad OKU Mental

March 9, 2025
1 min read

Pemandu kereta yang disyaki merempuh motosikal dinaiki veteran komando tentera dan anaknya di Jalan Tok Kayaman, Beseri, di sini kelmarin, disahkan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) kategori ketidakupayaan mental.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Padang Besar Superintendan Sarih Salleh, lelaki berusia 33 tahun itu, bagaimanapun, masih menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) kerana kecederaan serius akibat kemalangan itu.

“Pemandu kereta itu memang mempunyai kad OKU mental, namun kami akan menyiasat lebih lanjut dengan pihak hospital mengenai status kesihatannya pada waktu ini.

“Lelaki itu juga masih menerima rawatan di hospital. Sekiranya ada kewajaran, kita akan membuat tangkapan selepas dia sembuh,” katanya dalam laporan Harian Metro, hari ini.

Sarih kemudiannya berkata, pihak HTF akan dirujuk semula bagi memastikan sama ada lelaki berkenaan berada dalam keadaan waras atau tidak ketika memandu.

Terdahulu pada jumaat lalu, seorang veteran komando dilaporkan maut manakala anaknya parah selepas motosikal mereka dirempuh kereta di Jalan Dato Kayaman di Beseri.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.45 malam, mangsa Rahimi Mat Rejab, 49, bersama anaknya, Umar Haziq, 16, dikatakan dalam perjalanan ke masjid di kawasan Padang Lati untuk berbuka puasa dan juga solat maghrib.

Sumber: Harian Metro

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

HANGAT MINGGU INI

Wanita Cuba ‘Cop Parking’, Terkejut Kereta Tetap Masuk Sendiri

CHINA – Dalam situasi harian yang penuh sesak, mencari satu petak parkir

Tabungan Haji Masih Utuh Walaupun Berlumpur, Pasangan Ini Luah Rasa Syukur Selepas Banjir

ACEH – Tular di media sosial apabila sepasang suami isteri berkongsi detik