Friday, December 12, 2025

Thalapathy Vijay Tarik Perhatian Umat Islam Anjur Majlis Berbuka Puasa Di Chennai

March 9, 2025
1 min read

Dalam usaha untuk menarik lebih ramai penyokong dari kalangan penduduk muslim di India, pemimpin parti Tamilaga Vettri Kazhagam (TVK) dan pelakon popular Vijay menghadiri majlis Iftar anjuran partinya di perkarangan YMCA di Royapettah, Chennai, pada Jumaat dan Vijay sendiri turut berbuka puasa bersama masyarakat Islam.

Menurut laporan portal berita tempatan, Vijay turut berpuasa sehari penuh dan menunaikan solat mengikut tradisi Islam sebelum mengambil bahagian dalam upacara berbuka puasa. Dia juga menganjurkan jamuan besar untuk beribu-ribu penduduk tempatan.

Perhimpunan Iftar, yang dihoskan oleh parti Vijay di perkarangan YMCA di Royapettah, Chennai, menerima sambutan yang cukup hebat. Imam dari 15 masjid tempatan turut dijemput untuk mengimamkan solat, manakala persiapan dibuat untuk menampung hampir 3,000 hadirin.

Difahamkan juga, Thalapathy Vijay dikatakan sedang bersiap sedia untuk perpisahan besarnya dalam dunia seni dengan filem terakhirna iaitu ‘Jana Nayagan’ yang diarahkan oleh H. Vinoth.

Di tengah-tengah situasi ini, pelakon dan ahli politik Tamil itu telah diberikan dengan perlindungan keselamatan skala ‘Y’ yang terdiri daripada rombongan 8 orang. Dua daripada mereka adalah komando manakala selebihnya adalah polis. Tahap keselamatan tertinggi ini dibuat hanya di Tamil Nadu.

Laporan juga menunjukkan bahawa Kementerian Dalam Negeri (MHA) telah menetapkan kepada Thalapathy Vijay tahap keselamatan yang lebih tinggi, termasuk perlindungan 24 jam daripada Pasukan Polis Simpanan Pusat (CRPF) dan Pegawai Keselamatan Peribadi (PSO), bersama-sama anggota bersenjata yang ditempatkan di kediamannya di Tamil Nadu. Perkembangan ini berikutan penilaian risikan yang telah mendorong kerajaan untuk meningkatkan langkah-langkah keselamatannya.

Terdahulu Vijay, yang melancarkan parti politiknya iaitu Tamilaga Vettri Kazhagam (TVK) pada tahun lalu, dilaporkan meningkatkan aktiviti politiknya menjelang Pilihan Raya Dewan Tamil Nadu 2026. Menurut sumber dia dikatakan sedang merancang kempen secara besar-besaran seluruh negeri pada akhir tahun ini.

Sumber: News18 & Oneindia

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

HANGAT MINGGU INI

Langkah Perlahan Seorang Ayah Penghidap Parkinson Undang Air Mata di Majlis Perkahwinan Anak

MANILA – Dalam suasana majlis perkahwinan yang penuh bahagia itu, para tetamu

PU Rahmat Ikhsan Tular di Aceh – Momen Sebak Sukarelawan Malaysia Santuni Mangsa Banjir

SUMATERA – Bumi Aceh kini berdepan salah satu bencana terburuk dalam tempoh