Tuesday, December 09, 2025

Akui Beremosi Dan Terlanjur Kata-Kata, Kakak Pemandu Honda Jazz Sebabka Dua Kem*tian Tampil Mohon Maaf

March 10, 2025
1 min read

Kakak kepada pemandu kereta Honda Jazz yang terlibat dalam nahas yang mengorbankan dua beradik di Senawang, Negeri Sembilan, 6 Mac lalu, akhirnya tampil memohon maaf hari ini kepada keluarga mangsa dan rakyat Malaysia.

Menerusi satu video di TikTok, wanita yang dikenali sebagai Nur Athirah Najwa
menjelaskan bahawa kenyataannya sebelum ini dibuat dalam keadaan emosi, dan dia amat menyesali tindakannya.

“Assalamualaikum, saya Nur Athirah Najwa, kakak kepada pelaku yang terlibat dalam kemalangan di Senawang.

“Saya ingin memohon maaf kepada pihak keluarga mangsa dan semua rakyat Malaysia atas posting dan komen yang keterlaluan sehingga membuat semua marah.

“Saya sedar saya telah muat naik posting dan komen tersebut dalam keadaan yang emosi. Saya betul-betul minta maaf dan saya menyesal,” katanya.

Terdahulu media melaporkan dua pelajar lelaki berusia 15 dan 16 tahun maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh kereta Honda Jazz di Jalan Persiaran Senawang 1 berhampiran persimpangan lampu isyarat Matahari Height, Negeri Sembilan, Khamis lalu, (6 Mac).

Dalam kejadian 8.30 malam itu, penunggang dan pembonceng Modenas Kriss disahkan maut di lokasi kejadian.

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta dipandu remaja lelaki itu bersama seorang penumpang dari arah Senawang menuju ke Paroi gagal berhenti di persimpangan lampu isyarat merah dan melanggar motosikal Modenas Kriss dinaiki kedua-dua mangsa serta sebuah lagi motosikal Honda Vario.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis meminta orang ramai yang mempunyai rakaman kamera papan pemuka (dashcam) berkaitan kemalangan untuk tampil membantu siasatan.

Sumber: Berita Harian

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

HANGAT MINGGU INI

Aceh Dilanda Banjir Lumpur, Dakwaan Bantuan Pertama Datang Dari Malaysia Tular di Media Sosial

ACEH – Banjir besar yang melanda Aceh terus meninggalkan kesan yang menyentuh

Ahli Parlimen Padang Serai Didakwa Subahat Kes Rasuah RM400,000

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Padang Serai Datuk Azman Nasrudin hari ini