Connect with us

Terkini

KPM Larang Jualan Gula-Gula Bentuk Vape Di Sekolah

Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan semua jenis makanan yang boleh membahayakan kesihatan murid termasuk gula-gula berbentuk vape tidak dibenarkan dijual dalam premis sekolah.

Menteri berkenaan Fadhlina Sidek berkata KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.

“KPM memberi jaminan bahawa makanan berbahaya tidak akan dijual dalam kawasan sekolah namun kerjasama daripada pihak berkuasa tempatan dan Kementerian Kesihatan diperlukan bagi mengawal penjualan makanan itu di luar kawasan sekolah.

“Kita juga menggalakkan kerjasama antara pihak sekolah, khususnya pengetua dan pentadbir sekolah dengan pihak berkuasa bagi membincangkan langkah yang boleh diambil untuk mengatasi isu ini,” katanya.

Advertisement

Fadhlina berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemunculan gula-gula berbentuk vape dan rokok di pasaran, pada majlis Jaulah Ramadan Kementerian Pendidikan Tahun 2025 Peringkat Negeri Kelantan di Kota Bharu, semalam.

Beliau menegaskan KPM tidak mahu murid terdedah kepada makanan yang tidak sihat dan berbahaya sama ada di dalam atau luar sekolah.

Semalam, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengesan kemunculan gula-gula berbentuk peranti vape dan jarum suntikan di pasaran tempatan sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap normalisasi tabiat merokok dalam kalangan kanak-kanak.

Pegawai Pendidikan CAP N.V Subbarow dilapor berkata trend itu dilihat semakin membimbangkan kerana produk berkenaan menyerupai vape dan jarum suntikan sebenar, dengan rekaan warna-warni yang menarik perhatian kanak-kanak.

Sementara itu, Jaulah Ramadan 2025 telah menganjurkan jamuan berbuka puasa dan sahur di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lil-Banat di sini melibatkan lebih 900 pelajar, yang bersama-sama menikmati juadah dalam suasana penuh ukhuwah.

Advertisement

Melalui inisiatif itu, Jaulah Ramadan 2025 berhasrat memupuk rasa empati dan semangat juang dalam diri murid melalui pengalaman yang dikongsi bersama, selain menanam nilai-nilai memberi serta memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam komuniti, seiring dengan keberkatan Ramadan.

Program yang turut mendapat sokongan MILO itu merangkumi pengagihan 1,100 ‘ Bakul Ramadan’ yang turut mengandungi pek dan serbuk MILO bagi memastikan pelajar mendapat bekalan minuman berkhasiat sepanjang Ramadan ini.

– Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel