Connect with us

Terkini

Tular Hina Islam, Vijayan Savarinathan Mengaku Salah & Mohon Maaf

Pemilik akaun Facebook ‘Vijayan Savarinathan’ akhirnya tampil memohon maaf secara terbuka selepas tular satu video yang dimuat naiknya mengandungi kenyataan yang menghina agama Islam.

Dia mengakui berada dalam keadaan marah ketika memuat naik video itu susulan tular sebuah rakaman yang didakwa membabitkan penghinaan terhadap agama Hindu.

“Saya minta maaf ikhlas daripada hati saya, apa yang saya buat dan saya cakap memang tidak patut. Sebab mereka (penyampai radio) buat video itu saya pun marah dan tidak boleh tahan sebab kita kena hina tapi itu bukan alasan untuk saya buat video begitu,” katanya.

Terdahulu tular rakaman video berdurasi lebih tiga minit yang disyaki menghina agama Islam dan mengeluarkan kata-kata lucah melampau.

Advertisement

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata berdasarkan hasil siasatan awal yang dijalankan pihaknya, Pemilik akaun Facebook menggunakan nama ‘Vijayan Savarinathan’ itu dipercayai berada luar negara.

Menjengah ke ruangan komen rakaman video permohonan maaf berdurasi 48 saat itu, netizen rata-rata secara sinis menggesa Vijayan supaya memohon maaf di tempat ibadat masyarakat Muslim seperti Masjid Negara.

Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, kerana perbuatan yang boleh menyebabkan ketidakharmonian antara kaum dan agama serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan jaringan.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel