Connect with us

Kemalangan

Nahas Persimpangan Lampu Isyarat: Seorang Lagi Mangsa Meninggal Dunia

SEREMBAN, 10 Mac (Bernama) — Seorang lagi mangsa kemalangan membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Persiaran Senawang 1 di sini pada Khamis lepas disahkan meninggal dunia malam ini.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Hatta Che Din berkata mangsa yang berusia 17 tahun itu meninggal dunia pada 7.23 malam ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini sejak 6 Mac lepas.

“Mangsa adalah penunggang motosikal jenis Honda Vario yang dinaiki bersama rakan lelakinya berusia 13 tahun yang juga parah dan masih dirawat di hospital sama.

“Dua lagi yang terlibat dan dirawat di hospital itu ialah pemandu dan penumpang Honda Jazz masing-masing berumur 18 dan 17 tahun,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Advertisement

Media sebelum ini melaporkan dua pelajar lelaki sebuah sekolah menengah berusia 15 dan 16 tahun maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta jenis Honda Jazz dalam kejadian di Jalan Persiaran Senawang 1 berhampiran persimpangan lampu isyarat Matahari Heights.

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta dipandu remaja lelaki itu bersama seorang penumpang dari arah Senawang menuju ke Paroi gagal berhenti di persimpangan lampu isyarat merah dan melanggar motosikal Modenas Kriss dinaiki kedua-dua pelajar berkenaan serta motosikal Honda Vario yang dinaiki mangsa dan seorang lagi rakannya.

Sumber: BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel