Monday, December 08, 2025

Rasuah Sabah: SPRM Panggil Pemberi Maklumat Hari Ini

March 12, 2025
1 min read

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil seorang pemberi maklumat hari ini bagi memberi keterangan berhubung video yang mengaitkan seorang pemimpin di Sabah dengan skandal rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata langkah itu bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap dakwaan terhadap pemimpin tersebut berdasarkan bukti baharu yang diterima daripada keterangan pemberi maklumat berkenaan.

“Tidak ada isu SPRM cuba melambat-lambatkan atau cuba untuk melindungi mana-mana pihak dalam kes ini.

“Tugas SPRM hanya menyiasat dan bukan sebagai pembuat keputusan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Nota Kerjasama antara SPRM dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Majlis Berbuka Puasa di Kota Kinabalu, Sabah, semalam.

Pada majlis menandatangani nota kerjasama itu, SPRM diwakili Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy manakala DBKK diwakili Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah, disaksikan Azam.

Sebelum ini, tular video berdurasi lebih empat minit yang mengaitkan pemimpin berkenaan dengan dakwaan rasuah projek perlombongan mineral di Sabah.

Azam berkata setakat ini SPRM belum mengambil keterangan pemimpin terlibat dan video yang tular di media sosial itu perlu dianalisis ketulenannya.

Sumber: Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

HANGAT MINGGU INI

Yusuf Azmi Tewas TKO, Yunus Martin Raih Kemenangan Sulung di Malaysia

KUALA LUMPUR – Aksi kemuncak Warzone World Championship (WWC) di N9 Arena,

Dua Kanak-Kanak Hilang di Pasir Pandak Ditemui Selamat Pagi Ini

KUCHING, 7 Dis — Dua kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang dilaporkan